Kunci Khazanah merupakan sebuah rancangan berbentuk kuiz perkataan yang menguji kemampuan para peserta. Rancangan ini disiarkan di Astro Ria. Hos rancangan ini ialah pelakon, model serta pengacara Fahrin Ahmad.

Program ini awalnya di hoskan oleh Azhar Sulaiman, tetapi musim berikutnya dihoskan oleh Fahrin Ahmad.

Disiarkan pada setiap malam Jumaat, program ini menguji setiap peserta dengan soalan-soalan dan jawapan yang mereka perlu fikir sendiri sepantas yang boleh dalam masa yang terhad. Jika para peserta tidak dapat menjawab soalan, mereka boleh berunding dengan ejen-ejen yang disediakan, mereka perlu berunding harga jawapan terlebih dahulu. Ejen yang paling diingati tentulah ejen yang menggunakan nama Mat, kerana pengetahuan am nya yang luas.

Kunci Khazanah tiada pemenang/juara kerana soalan-soalan yang diberikan begitu mencabar minda, walaupun kurang promosi dan publisiti yang diberikan pihak penyiar program ini masih diingati mereka yang sukakan program-program uji minda yang berbentuk ilmiah. Jauh meninggalkan program Sejuta Money Drop yang dilancarkan pada tahun 2011 dan 2012 dimana para peserta hanya perlu meletakkan sejumlah wang taruhan di atas platform jawapan yang betul. Jika salah wang itu akan jatuh ke bawah.