Kyoraku Shunsui merupakan Kapten Komander di dalam Gotei 13. Leftenannya ialah merupakan seorang shinigami perempuan yang bernama Ise Nanao.

Watak Bleach
Kyōraku Shunsui
Peranan Jeneral shinigami daripada Gotei 13; Kapten Divisyen 1.
Tarikh lahir 31 Ogos
Ketinggian 192 cm (6' 3½")
Berat 87 kg (191 lbs.)
Zanpakutō Katen Kyōkotsu
Seiyū Akio Ōtsuka
Pelakon suara latar Steve Kramer

Watak dan perwatakan sunting

Kyoraku Shunsui merupakan salah seorang kapten yang telah beratus-ratus tahun menjadi kapten bersama Kapten Unohana Retsu, Kapten Ukitake Jūshirō, dan Kapten Yamamoto-Genryūsai Shigekuni. Dia mempunyai badan yang besar dan dadanya yang berbulu tidak seperti kapten yang lain. Kyoraku juga berpakaian tidak seperti kapten yang lain, dia selalu memakai topi dan memakai kimono berwarna merah jambu di badannya. Beliau juga bersikap pemalas, pemabuk, dan paling suka dengan shinigami wanita dan lemah dihadapan wanita. Buktinya dia selalu mengganggu leftenantnya Ise Nanao. Rekan karib beliau adalah kapten Ukitake dari Divisi 13, mereka selalu berkerjasama dari dulu dan merupakan anak murid kesayangan kapten Yamamoto, sehingga Yamamoto menganggapnya dan Ukitake sebagai anak kandungnya. Kyoraku juga tidak selalu menggunakan kekuatan sebenarnya dalam pertarungan, akan tetapi dia merupakan seorang kapten yang kuat dan ditakuti di antara 13 kapten yang ada. Dia juga telah menewaskan Espada no. 1 dengan tanpa menggunakan tahap Bankai zanpakutonya serta Sado Yasutora dengan mudah sekali.

Setelah kematian Yamamoto-Genryūsai Shigekuni, beliau kemudian dilantik menjadi Kapten Komander Divisi 1 bagi mengetuai Gotei 13.

Katen Kyokotsu sunting

Kyoraku mempunyai sepasang zanpakuto akan tetapi satu zanpakutonya adalah lebih pendek dari zanpakutonya yang satu lagi. Nama zanpakutonya ialah Katen Kyōkotsu (花天狂骨, makna kasar: Bunga Syurga, Tulang Sasau ataupun Bunga dari Syurga dan Tulang Kegilaan)[21]. Pada lepasan tahap awal (shikai) dua pedangnya bertukar menjadi sepasang pedang besar. Diaktifkan dengan arahan "bunga-bungaan diganggu, dewa bunga menitiskan air mata, angin di Syurga diganggu, syaitan di Syurga tertawa" (花風紊れて花神啼き天風紊れて天魔嗤う hana kaze midarete, kashin naki, tenpū midarete, tenma warau?, ataupun "tatkala angin bungaan naik berang, dewa bunga mengaum, tatkala angin di Syurga naik berang, dewa di neraka mengejek"). Kebolehan zampakutonya adalah istimewa kerana zanpakutonya yang panjang (Takaoni) boleh mengawal angin dan sesuai jika berlawan di udara. manakala zanpakutonya yang pendek (Kageoni) merupakan pedang kegemaranya tetapi ditakutinya, ia boleh memasuki atau menusuk dimana sahaja bayang-bayang berada dan lebih sesuai digunakan apabila bertempur didarat sahaja. Tahap pelepasan akhir (Bankai) zanpakutonya diberi nama Katen Kyōkotsu: Karamatsu Shinjū.