Lunar CRater Observation and Sensing Satellite (LCROSS) ialah sebuah kapal angkasa lepas robot kendalian NASA. Ia dilancarkan bersama dengan Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) pada 18 Jun 2009, sebagai sebahagian daripada Lunar Precursor Robotic Program, misi pertama Amerika Syarikat ke Bulan dalam tempoh 10 tahun. LCROSS dan LRO bersama-sama membentuk barisan hadapan kembalinya NASA ke Bulan,[2] dan dijangka mempengaruhi keputusan kerajaan Amerika Syarikat sama ada untuk meneroka Bulan.

LCROSS
Kapal angkasa lepas LCROSS, lukisan artis
PengendaliNASA/Ames Research Center
Jenis misiPenghentam
Tarikh Berlepas2009-06-18 21:32:00 UTC
Kenderaan PelancarAtlas V 401
Kawasan PelancaranSLC-41 Cape Canaveral
Tempoh misi18 Jun 2009 – 9 Oktober 2009
Lama: 3 bulan dan 25 hari
ID COSPAR2009-031B
Laman webhttp://www.nasa.gov/LCROSS
JisimLCROSS Shepherding Spacecraft: 621 kg (1,369 lb) (min.); Centaur semasa hentaman: 2,249 kg (4,958 lb) (min.)[1]
Unsur orbital
KeadaanElips tinggi
Tempoh orbit37 hari

LCROSS direka untuk memerhatikan tahap atas roket Centaur yang telah digunakan, dengan jisim hentaman nominal 2,305 kg (5,081 lb), menghentam kawah Cabeus[3] berhampiran kutub selatan Bulan. LCROSS mengalami pincang tugas pada 22 Ogos, menghabiskan separuh bahan bakarnya dan meninggalkan sedikit sekali sisa bahan bakar di kapal angkasa itu.[4] Namun akhirnya, kapal angkasa ini berjaya menghentam Bulan pada 9 Oktober 2009, jam 11:31 UTC, diikuti pengesannya beberapa minit kemudian.[5] Ia berjaya mengesan air di kawah kutub selatan Cabeus.[6]

Keputusan sunting

Kehadiran air sunting

Pada 13 November 2009, NASA melaporkan beberapa garisan bukti bahawa air terdapat dalam kedua-dua kepulan wap sudut tinggi dan tirai lecitan yang terhasil oleh hentaman Centaur LCROSS. Kepekatan dan taburan air dan bahan lain memerluan analisis lanjut.[6] Pengesahan tambahan diperoleh dari pancaran dalam spektrum ultraungu yang mempunyai sifat serpihan hidroksil, terhasil daripada pemecahan air oleh cahaya matahari.[6]

Imejan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "LRO/LCROSS Press Kit v2" (PDF). NASA. Dicapai pada 2009-08-04.
  2. ^ "Lunar Precursor Robotic Program". NASA. Dicapai pada 2009-08-04.
  3. ^ "NASA's LCROSS Mission Changes Impact Crater". NASA. 2009-09-29. Dicapai pada 2009-09-29.
  4. ^ Stephen Clark (25 Ogos 2009). "Managers mull options after moon mission malfunction". Spaceflight Now.
  5. ^ Nasa team scours Moon crash data, BBC
  6. ^ a b c Dino, Jonas (13 November 2009). "LCROSS Impact Data Indicates Water on Moon" (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 2009-11-14. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ "Visible light camera image during lunar swingby". NASA. 2009-06-23. Dicapai pada 2009-08-10.