Laila's Lounge

Kumpulan Laila's Lounge ialah sebuah kumpulan muzik indie yang diasaskan di Johor Bahru, Malaysia pada 1998. Kumpulan ini asalnya ditubuhkan oleh Hadi, Bai, dan Icham dan kemudiannya disertai oleh Bulat ,Sham Daging, dan Ajeep. Boleh dikatakan Laila's Lounge adalah hasil dari leftover perpecahan band indie JB ,Future Primitive. Pada pertengahan 1999, berlaku pertukaran posisi bass yang diambil alih oleh Anaz(rakan serumah Hadi&Bai) setelah Bulat menarik diri atas faktor peribadi. Namun pada sekitar 2000 berlaku lagi perubahan drastik di posisi drum dimana Sham perlu di rehatkan atas sebab2 kesihatan dan di ganti oleh bekas pemain drum Future Primitive iaitu Jass. Namun begitu beliau hanya bertahan sehingga 2003. Setelah kusut dengan ketiadaan pemain drum ,akhirnya Icham bersetuju untuk bertukar posisi dari gitar ke drum dan mempelawa David(dari band Polythene) untuk mengisi kekosongan Gitar. Dalam pada itu, Laila's Lounge mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga pada tahun 2005 mereka kembali dengan posisi David telah diambil alih oleh Toya. Mereka mula aktif menerbit dan merakam lagu lagu baru sehingga terbitnya EP pertama yang berjudul Kosong pada sekitar 2008.

Laila's Lounge
Berasal dariJohor Bahru  Malaysia
GenreRock alternatif
Tahun aktif1998 - 2009,

2015 -2017 (Laila’s Lounge)

2009 - 2012 (Laila)
Laman sesawang
http://www.lailaslounge.org
Bekas ahliHadi(Vokalis/Keys) Syahrul(Vokalis)
Bai(Gitar)
Icham(Gitar, Dram)
Anaz (Basis)
Toya(Gitar)
Sham Daging (Dram)
David (Gitar)
Herwandi (Keys/Synth)

[1] Nama Laila’s Lounge diambil daripada perkataan Arab ‘lail’ yang bermaksud malam, dimana mereka selalu mendengar muzik dan berlatih pada waktu malam. Manakala lounge pula merujuk kepada rumah, dimana mereka pada waktu tersebut adalah kawan serumah.

Nama Laila's Lounge melonjak naik apabila lagu "Mawar Khayalan" mereka termuat dalam album KAMI Vol. II yang turut menjadi lagu tema filem KAMI The Movie.Genre yang dibawa kumpulan ini adalah Shoe-Gazing yang mana banyak menggunakan efek bunyi synthesizer dan gitar yang melodik.Lagu-lagu yang dimuatkan dalam EP debut (Kosong) mereka antaranya adalah Warm Cherry House,Stargazer,Prindu,Wajah serta Mawar Khayalan yang menjadi hits.

Pada saat-saat mereka mencapai kemuncak sebagai pemuzik yang berjaya, vokalis Laila’s Lounge Hadi telah mengalami perubahan yang besar dari segi kerohanian dan mental maka dia menggambil keputusan untuk meninggalkan Laila's Lounge, vokalis band ini telah menamatkan cita-citanya dalam bidang hiburan sebagai pemuzik. Band ini juga berpecah atas komitmen keluarga,pekerjaan dan sebagainya.

Di sekitar 2010 Laila's Lounge bergerak diatas nama Laila dengan kehadiran vokalis baru, Syahrul ,Lin di posisi drum dan Wandi selaku keyboard. Pada saat2 permulaan pergerakan band ini, Anaz dan Lin menarik diri untuk menumpukan perhatian pada band projek baru mereka iaitu The Bluebirds ,dan posisi bass di ganti oleh Giboy dan drum diganti oleh Safwan. Malangnya Laila hanya bertahan untuk beberapa ketika sahaja. Setelah beberapa ketika,perbincangan telah di buat diantara Bai ,Anaz dan Toya,dan mereka bersetuju untuk memulakan sebuah band baru iaitu Medinee dengan merekrut Safwan sebagai pemain drum dan Farhan(adik Bai) sebagai Keyboard/Guitar. Medinee hanya dapat merakamkan 2 buah lagu sahaja sebelum berpecah.

Pada 2015, mereka kembali aktif setelah Hadi kembali menyertai Laila’s Lounge dan mereka mengadakan persembahan di seluruh negara tanpa Bai yang menarik diri. Lalu pada tarikh 22/7/16, mereka melancarkan semula EP Kosong sebagai tanda kelahiran semula band ini di arena indie. Persembahan mereka di Home of Silveryouth, Ipoh pada 27/8/16 sempena acara Weekend at the Park 2016 adalah persembahan terkini mereka di luar JB dengan menampilkan lagu-lagu baru seperti Bebastereo (Jerusalem) dan Mana Kurnia. Tidak lama kemudian, lagu Di Larian disiapkan namun tidak sempat untuk 'release' secara rasmi akibat sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.

Pada Mac 2017, Laila's Lounge mengumumkan pembubaran selamanya band mereka atas sebab yang tidak diketahui. Sememangnya pembubaran ini membuatkan para peminat bersedih dan terkilan memandangkan Laila's Lounge telah dianggap sebagai 'raja indie' sejak kemasyuran mereka pada tahun 2008. Ramai peminat berharap mereka akan kembali membuat kemunculan semula pada masa akan datang seterusnya mengubati kerinduan terhadap muzik Laila's Lounge yang unik berbanding band indie lain yang pernah ada di Malaysia.

Sehingga kini, khabar mengenai band baharu yang dibentuk oleh vokalis Hadi iaitu Kultus Besmen juga sunyi sepi tanpa sebarang perkembangan.

Pautan luarSunting

SumberSunting

  1. ^ "ABOUT LL by Laila's Lounge". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-08. Dicapai pada 2008-09-17.