Lamiales
frames
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa: Bromhead

Susunan
Magnoliopsida
Apiales
Asterales
Brassicales
Cucurbitales
Ericales
Fabales
Gentianales
Lamiales
Laurales
Magnoliales
Malpighiales
Malvales
Myrtales
Rosales
Sapindales
Solanales
Urticales

Susunan Lamiales ialah satu takson dalam kumpulan asterid tumbuhan berbunga dikotiledon. Pada masa dahulu, Lamiales mempunyai pembatasan yang terhad (umpamanya oleh Arthur Cronquist) yang meliputi famili-famili utama seperti Lamiaceae (Labiatae), Verbenaceae, dan Boraginaceae, serta beberapa famili yang kecil. Kerja filogeni yang baru-baru ini menunjukkan bahawa Lamiales ialah polifili bagi susunan Scrophulariales dan kedua-dua kumpulan ini kini biasanya digabungkan menjadi satu susunan tunggal yang termasuk susunan Hippuridales dan Plantaginales dahulu. Lamiales telah menjadi nama yang lebih disukai untuk kumpulan gabungan yang jauh lebih besar ini. Peletakan Boraginaceae tidak jelas, tetapi kerja filogeni menunjukkan bahawa famili ini tidak merupakan sebahagian Lamiales.

Pembatasan Scrophulariaceae telah diubah secara besar-besaran untuk mencipta sebilangan famili monofili yang lebih kecil, dan lebih jelas. Scrophulariaceae pada dahulunya merupakan sekumpulan para/polifili yang ditakrif terutamanya oleh ciri-ciri plesiomorfisme. Banyak famili Lamiales yang lain berasal daripada Scrophulariaceae ini.

Di bawah takrif ini, sebilangan ahli Lamiales yang terkenal termasuk lavender, ungu lembut, buah zaitun, jasmin, pokok ash, kayu jati, pokok snapdragon, dan sebilangan herba seperti pudina, basil, dan rosemary.

Dalam pengelasan sistem Cronquist yang lebih lama, Lamiales merangkumi famili-famili Lamiaceae, Verbenaceae, Boraginaceae, dan Lennoaceae. Banyak daripada famili yang disenaraikan di bawah telah dimasukkan dalam susunan Scrophulariales. Pemasukan semua famili yang berikut adalah biasa untuk pengelasan yang lebih baru.

Spesies-spesies dalam susunan Lamiales biasa menunjukkan ciri-ciri yang berikut, walaupun terdapat kekecualian untuk kesemuanya:

  • ovari superior yang terdiri daripada dua karpel tergabung
  • lima kelopak yang digabungkan untuk menjadi tiub
  • korola yang bersimetri secara dwisisi, dan seringnya bilabiat
  • empat (atau kurang) stamen yang subur.


Famili sunting

Terdapat kira-kira 11,000 spesies dalam Lamiales yang dibahagikan kepada sepuluh atau lebih famili (Uni-Ham 52e Diarkibkan 2007-06-30 di Wayback Machine 2002-09-06):

Pautan luar sunting