Lana Bulu adalah sebuah kampung tradisional Melayu yang terletak dalam daerah Kubang Pasu. Ia terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam dan Parlimen Jerlun, kira-kira 25 kilometer dari Bandaraya Alor Star dan 20 kilometer dari bandar Jitra.

Menurut cerita Lana Bulu mendapat namanya dari sejenis daun dikenali sebagai daun `Lana' yang mempunyai bulu halus.

Kira-kira 95 peratus penduduknya berketurunan Melayu manakala bakinya adalah Cina dan Siam. Kebanyakan penduduk di Lana Bulu adalah petani dan sebahagian kecil bekerja di sektor industri. Terdapat sebuah sekolah rendah di sini iaitu Sekolah Kebangsaan Dato' Seri Syed Ahmad.