Lee Jong-beom (Korea: 이종범, Hanja: 李鍾範; lahir 15 Ogos 1970) ialah bekas pemain besbol profesional Korea Selatan yang pernah beraksi untuk pasukan Kia Tigers (dahulunya Haitai Tigers) di Liga KBO dan pasukan Chunichi Dragons di Jepun. Beliau memulakan kariernya pada tahun 1993 sehinggalah persaraannya pada 2011. Lee dikenali sebagai "Anak Angin" (바람의 아들) atas faktor kepantasannya.[perlu rujukan] (Beliau juga digelar sebagai "Genius Besbol" dan "Ichiro Korea".)[perlu rujukan] Lee dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah besbol Korea dan dalam kalangan pemain terhebat KBO pada era 1990-an.[1]

Lee Jong-beom
Shortstop, Outfielder
Dilahirkan: (1970-08-15) 15 Ogos 1970 (umur 53)
Gwangju, Korea Selatan
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
Debut profesional
KBO: 10 April, 1993, untuk Haitai Tigers
NPB: 1998, untuk Chunichi Dragons
Penampilan terakhir
KBO: May 26, 2012, untuk Kia Tigers
NPB: 2001, untuk Chunichi Dragons
Statistik KBO
Purata pukulan.297
Home run194
RBI730
Stolen base510
Statistik NPB
Purata pukulan.261
Home run27
Run batted in99
Stolen base53
Pasukan
Pemain

Jurulatih

Kerjaya cemerlang dan anugerah
KBO

Antarabangsa

Lee Jong-beom
Hangul이종범
Hanja
Perumian SemakanI Jongbeom
McCune–ReischauerYi Chongbŏm

Lee telah meraih Anugerah Pemain Terbaik KBO, tersenarai dalam All-Star KBO sebanyak 13 kali serta pemenang enam kali Anugerah Sarung Tangan Emas KBO. Beliau juga pemegang rekod dalam satu musim bagi stolen base di KBO dan pernah merekodkan pukulan berkadar .393 bagi satu musim sekali gus menjadikan ia rekod kedua terbaik sepanjang zaman. Lee juga pemenang dua kali Anugerah Pemain Terbaik Siri Korea (beliau menjuarai Siri Korea empat kali bersama Tigers). Nombor jersi Lee iaitu 7 telah menjadi nombor persaraan oleh Kia Tigers pada 2012.

Beliau memulakan kariernya sebagai pemain shortstop sehingga tahun 1997. Seterusnya, beliau lebih banyak beraksi sebagai outfielder pada tahun-tahun berikutnya.

Lee mewakili pasukan besbol Korea dalam kejohanan World Baseball Classic 2006. Beliau telah telah memperoleh enam double dan membuat pukulan berkadar .400. Beliau juga disenaraikan ke dalam Pasukan Pilihan WBC sebagai outfielder bersama-sama dengan Ken Griffey Jr. dan Ichiro Suzuki.

Catatan sunting

  1. ^ Yoo Jee-ho. "2nd-generation KBO star wants to see more sons of ex-players thrive," Yonhap News Agency (July 04, 2020).

Pautan luar sunting

Templat:Baseballstats