Pasukan besbol kebangsaan Korea Selatan (Korea: 대한민국 야구 국가대표팀) juga dikenali sebagai Blue Wave (Korea: 푸른물결) ialah pasukan kebangsaan besbol yang mewakili negara Korea Selatan. Pasukan ini pernah memenangi Piala Dunia Besbol pada 1982 dan mengambil bahagian di Sukan Olimpik pada 1984, 1988, 1996 dan 2000. Di Sukan Olimpik 2008, pasukan Korea meraih pingat emas dalam aksi final menewaskan Cuba. Pada masa kini, Korea merupakan pasukan di kedudukan keempat dalam WBSC World Rankings.
Korea Selatan |
---|
|
|
Negara | Korea Selatan |
---|
Persekutuan | Persatuan Sofbol Besbol Korea |
---|
Konfederasi | Persekutuan Besbol Asia |
---|
Pengurus | Lee Kang-chul (2022–kini) |
---|
Kapten | Kim Hyun-soo |
---|
|
Semasa | Templat:WBSC World Rankings |
---|
Tertinggi | 2 (pertama pada Ogos 2021) |
---|
Terendah | 8 (pertama pada Disember 2014) |
---|
|
South Korea's national baseball uniform |
|
Kemunculan | 5 (pertama pada 2006) |
---|
Keputusan terbaik | Ke-2 (2009) |
---|
|
Kemunculan | 3 (pertama pada 1996) |
---|
Keputusan terbaik | Gold: 1 - 2008 |
---|
|
Kemunculan | 1 (pertama pada 2015) |
---|
Keputusan terbaik | 1st (1 time, in 2015) |
---|
|
Kemunculan | 14 (pertama pada 1976) |
---|
Keputusan terbaik | 1 (1982) |
---|
|
Kemunculan | 14 (pertama pada 1975) |
---|
Keputusan terbaik | 1 (1977) |
---|
|
Kemunculan | 7 (pertama pada 1994) |
---|
Keputusan terbaik | 1 (5: 1998, 2002, 2010, 2014, 2018) |
---|
|
Kemunculan | 27 (pertama pada 1954) |
---|
Keputusan terbaik | 1 (8: 1963, 1971, 1975, 1983, 1989, 1997, 1999, 2015) |
---|
Sebelum Perang Korea
sunting
Mubaligh Amerika telah membawa masuk sukan besbol ke Korea pada abad ke-19. Pada kurun ke-19, Marin Amerika Syarikat telah beraksi dalam perlawanan persahabatan mewakili ekspatriat Amerika menentang Kelab Olahraga Seoul. Sukan ini terus berkembang dan terkenal sewaktu pemerintahan Jepun.[1]
Pada Disember 1921, sebuah pasukan Amerika yang terdiri daripada pemain Major League singgah di Seoul sewaktu kunjungan Asia dan sebuah pasukan Korea dikumpulkan untuk beraksi dalam satu perlawanan antara kedua pasukan. Pasukan Korea tewas 23-3.[2] Beberapa buah bandar di Korea juga mengambil bahagian dalam kejohanan besbol antara bandar oleh pihak Jepun sejak penganjuran sulung pada 1927 sehingga 1942.[3] Pada tahun 1940 dan 1942, Seoul memenangi kejohanan tersebut dengan masing-masing menewaskan pasukan Dalian dan Osaka. Sekurang-kurangnya terdapat seorang pemain Korea yang pernah beraksi menentang Babe Ruth ketika pasukan All-Star Amerika melakukan jelajah Jepun pada 1934.
Era selepas perang
sunting
Era 1980-an menandakan permulaan era besbol dimainkan secara profesional di Korea Selatan. Pada tahun 1982, pasukan MBC Chungyong, Lotte Giants, Samsung Lions, OB Bears, Haitai Tigers dan Sammi Superstars telah ditubuhkan dan beraksi di Kejohanan Besbol Korea.[4] Liga ini terus berkembang menjadi liga utama Korea Selatan apabila pasukan-pasukan penyertaan ditambah kepada 10 buah pasukan.
Besbol mencapai populariti baru tersendiri apabila pitcher Chan Ho Park melakukan debut untuk Los Angeles Dodgers pada 1994.[5] Park meraih kejayaan kariernya di Major League Baseball dan secara tidak langsung membuka laluan kepada pemain Korea Selatan lain untuk mengembangkan karier di Amerika seperti Hee-seop Choi, Byung-hyun Kim, Bong Jung-keun, Shin-Soo Choo, Hyun-jin Ryu dan Jung-ho Kang.
Pasukan kebangsaan Korea Selatan pula diuruskan oleh Pertubuhan Besbol Korea (KBO). Pasukan kebangsaan terus berkembang di arena besbol antarabangsa pada pertengahan 2000-an apabila meraih tempat kedua di World Baseball Classic 2009, merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik 2000 di Sydney serta memperoleh pingat emas mengalahkan Cuba di Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Selepas kejohanan World Baseball Classic 2023, Korea Selatan berada di kedudukan kelima berdasarkan WBSC World Rankings.[6]