Lee Min Ho (Bahasa Korea: 이민호) ialah seorang pelakon lelaki Korea Selatan yang amat dikenali dengan watak utamanya sebagai ketua F4, Goo Joon Pyo ,dalam drama adaptasi Korea siri komik popular Jepun, Hana Yori Dango, yang berjudul Boys Over Flowers, pada tahun 2009.

Lee Minho,minho
이민호
Kelahiran
이민호 (Lee Min Ho)

(1987-06-22) 22 Jun 1987 (umur 33)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006 - kini
Ketinggian188 CM
Laman sesawanghttp://www.leeminho.kr/

Dia debut lakonannya pada tahun 2005 dalam Love Hymn terbitan MBC, muncul sebagai watak sampingan. Dia melakonkan watak utama pertamanya pada tahun 2007, memegang watak Cha Gong Chan dalam Mackerel Run, drama sekolah tinggi 8 bahagian terbitan SBS.

Walaubagaimanapun, karier besar pertamanya menjulang apabila dia telah menjadi sebahagian daripada F4 Korea pada 2 Oktober 2008. Dia berjaya mendapatkan watak terbesar sebagai ketua F4, Tsukasa Domyouji, dalam komik Hana Yori Dango; wataknya dinamakan semula sebagai Goo Joon Pyo dalam versi Korea, dan membintangi drama tersebut bersama-sama Ku Hye-sun, Kim Bum dan anggota kumpulan SS501, Kim Hyun Joong. Drama tersebut pertama kali ditayangkan pada 5 Januari 2009 di stesen KBS sebagai siri mini Isnin-Selasa.

Watak Goo Joon Pyo menyebabkan dirinya serta merta menjadi terkenal, dan menyebabkan dirinya mendapat banyak sokongan termasuklah daripada Levi's, LG Telecom dan Samsung Anycall.

ProfilSunting

Siri TVSunting

WayangSunting

AnugerahSunting

  • Anugerah Seni Baeksang - Pelakon baru TV terbaik

Pautan luarSunting