Lelayang pokok berjambul (burung)
Lelayang pokok berjambul (Hemiprocne coronata) ialah spesies lelayang pokok dalam keluarga Hemiprocnidae. Ia pernah dianggap sebagai spesies yang sama dengan saudara timurnya, lelayang pokok berjambul kelabu (Hemiprocne longipennis), tetapi ia tidak membiak di mana julatnya bertindih. Wajahnya berbeza dalam penerbangan, dengan sayap yang panjang dan melengkung dan ekor bercabang dalam yang biasanya kelihatan sempit dan runcing.
Lelayang pokok berjambul | |
---|---|
Jantan (kiri) ada bulu susup telinga berangan manakala betina (kanan) ada belang misaian putih. | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Apodiformes |
Keluarga: | Hemiprocnidae |
Genus: | Hemiprocne |
Spesies: | H. coronata
|
Nama binomial | |
Hemiprocne coronata (Tickell, 1833)
| |
Sinonim | |
Dendrochelidon coronatus |
Pemerihalan
suntingLelayang pokok berjambul ialah burung langsing besar dengan panjang 23 cm (9 in). Spesies tersebut berwarna kelabu pada bulu atasnya dan putih pada bulu bawahnya. Sayap belakangnya yang panjang berwarna kelabu gelap pada bulu atas. Lelayang pokok tersebut mempunyai jambul dan ekor yang panjang dan bercabang dalam. Jantan dewasa mempunyai pipi dan bulu susup telinga jingga dengan jalur putih sempit di bawah mata dan kesan supersilium putih. Betina mempunyai jalur putih nipis di bawah mata yang memanjang sepanjang pipi.[2] Burung muda mempunyai kepala dan sayap kelabu gelap tetapi sisi bulunya berwarna putih dan selebih buluan lembutnya jauh lebih bergaris berbanding burung dewasa. Ia ditemui dalam kumpulan kecil yang terbang dalam lingkaran lebar di hutan terbuka, kadang-kadang bertengger di atas pokok yang tinggi dan tidak berdaun. Ketika bertengger, ia kelihatan berduduk dengan sangat tegak.[3][4]
Seruan spesies ini ialah kee-kyew yang kasar atau tiga nada kip-kee-kep dengan penekanan pada nada tengah.[5]
Taksonomi dan sistematik
suntingSpesies tersebut mula-mula diberi nama binomial dengan pemerihalan oleh Samuel Tickell pada tahun 1833. Beliau mengumpul spesimen semasa perjalanannya di kawasan Borabhum dan Dholbhum sewaktu berkhidmat sebagai leftenan dalam rejimen ke-31 infantri asli. Beliau memanggilnya Hirundo coronatus dan memberinya nama remeh "Kelayang Dhudka". Beliau menyatakan bahawa ia tidak dijumpai sepanjang tahun.[6] Genus Hemiprocne telah didirikan oleh Christian Ludwig Nitzsch pada tahun 1829 tetapi spesies tersebut telah disusun secara tidak betul pada masa lalu dalam Dendrochelidon dan Macropteryx. Jerdon, seorang perlimawan, menganggap spesies tersebut sebagai penghubung antara lelayang dan kelayang berdasarkan buluan suteranya, yang bukan ciri lelayang.[7][3] James L. Peters menganggap coronata sebagai subspesies longipennis tetapi ia dikembalikan sebagai spesies penuh berdasarkan perbezaan buluan dan struktur (delta Prigogine atau jarak antara bulu ekor keempat dan kelima) dan taburan ini dan longipennis dalam erti kata terhad.[8] Dillon Ripley memerihalkan subspesies baharu iaitu dryas daripada spesimen yang diperolehi oleh Salim Ali dari Rajpipla di selatan Gujerat. Beliau menganggapnya lebih pucat kelabunya pada bahagian atas berbanding bentuk yang diketahui. Ia bagaimanapun tidak lagi dianggap sebagai subspesies yang sah dan mewakili kelainan dalam spesies yang bertabur meluas.[9]
Genusnya ialah ahli tunggal puak Hemiprocnini[10] iaitu, berdasarkan satu klados morfologi, dianggap lebih berterbit berbanding Cypseloidini (manakala sesetengah yang lain telah mencadangkan bahawa Hemiprocne ialah pangkalan) dan pangkalan kepada Collocaliini dan puak yang lebih berterbit seperti Chaeturini dan Apodini. Bahagian posterior sternum mempunyai dua bukaan atau foramina[11] dan pelepah sekunder kelima tidak hadir (juga dikenali sebagai diastataksis, sifat yang dikongsi bersama Cypseloides) manakala lelayang lain mempunyai pelepah sekunder kelima (dan dikatakan eutaksis). Seperti semua lelayang, spesies tersebut menggunakan air liur untuk membina sarangnya tetapi ia tidak mempunyai semua jari kaki menghadap ke hadapan seperti dalam Apodini.[12][13][14][15]
Taburan dan habitat
suntingLelayang pokok berjambu ialah pembiak menetap biasa dari subbenua India. Ia ditemui di India, Sri Lanka, Bhutan, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Thailand, Vietnam, Kemboja, Laos, dan China.[1] Ia mendiami hutan terbuka dan hutan luruh, serta juga ditemui di kawasan terbuka berhampiran pokok dan di taman dan kebun. Ia kebanyakannya tinggal di tanah pamah di bawah 1000 m.[3]
Tingkah laku
suntingLelayang pokok berjambul membina sarang kecil yang berdinding nipis dan cetek diperbuat daripada kepingan kulit kayu dan pelepah yang dilekatkan dengan air liur di tepi dahan pokok yang terdedah. Ia menghasilkan sebiji telur biru-kelabu yang dieram oleh kedua-dua jantina. Sarangnya sangat kecil sehingga pengeram mungkin kelihatan seperti bertengger biasa pada dahan yang mempunyai simpul. Dewasa juga boleh duduk di sepanjang dahan semasa mengeram. Hampir separuh telur kelihatan di atas pinggir sarang dan dilitupi oleh bulu gebu dada dan perutnya semasa mengeram.[3] Musim pembiakannya adalah sewaktu paling panas dalam musim panas, iaitu dari Mac hingga Julai dan sarangnya boleh diletakkan di sebelah timur dahan supaya dewasa akan mendapat matahari di belakangnya pada waktu petang. Betina diperhatikan untuk mengeram lebih lama manakala jantan duduk berdekatan atau menangkap serangga. Anak-anaknya bercorak kelabu sesamar dan membeku apabila diancam, dengan kepala tunduk rendah dan paruh diangkat sedikit ke atas dan kelihatan seperti simpulan pada dahan pokok, atau apabila duduk mendatar, ia kelihatan seperti sesumpah.[16][17][5]
Lelayang pokok berjambul memakan di udara, menangkap serangga (termasuk lebah madu[18]) pada sayap dengan paruhnya. Ia diketahui kadangkala bertengger beramai-ramai.[11]
Status
suntingLelayang pokok berjambul mempunyai julat yang sangat besar, saiz populasinya kelihatan stabil, dan ia dianggap agak biasa ditemui. Atas sebab-sebab tersebut, IUCN telah menyenaraikannya sebagai "Kurang Membimbangkan".[1]
Rujukan
sunting- ^ a b c BirdLife International (2018). "Hemiprocne coronata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22686891A130112154. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22686891A130112154.en. Dicapai pada 12 November 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "iucn status 12 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Blanford, W.T. (1895). The Fauna of British India, including Ceylon and Burma. Birds. Volume III. London: Taylor and Francis. m/s. 179–181.
- ^ a b c d Ali, Salim; Ripley, S. Dillon (1983). Handbook of the Birds of India and Pakistan, together with those of Bangladesh, Nepal, Bhutan and Sri Lanka. Volume 4. Frogmouths to Pittas (ed. 2). Delhi: Oxford University Press. m/s. 58–60.
- ^ Abdulali, Humayun (1972). "A catalogue of the birds in the collection of the Bombay Natural History Society-12. Apodidae and Trogonidae". Journal of the Bombay Natural History Society. 69 (2): 378–389.
- ^ a b Lowther,E.H.N. (1936). "Notes on some Indian birds. I. The Indian Crested Swift". Journal of the Bombay Natural History Society. 39 (1): 116–124.
- ^ Tickell, S.R. (1833). "List of birds, collected in the jungles of Borabhum and Dholbhum". Journal of the Asiatic Society of Bengal. 2: 569–583.
- ^ Jerdon, T.C. (1862). The Birds of India. Volume I. Calcutta: Military Orphan Press. m/s. 185–186.
- ^ Brooke, RK (1969). "Hemiprocne coronata is a good species". Bulletin of the British Ornithologists' Club. 89 (6): 168–169.
- ^ Ripley, S. Dillon (1950). "New birds from Nepal and the Indian Region". Proceedings of the Biological Society of Washington. 63: 101–108.
- ^ Lack, David (1956). "A review of the genera and nesting habits of swifts" (PDF). Auk. 73 (1): 1–32. doi:10.2307/4081635. JSTOR 4081635.
- ^ a b Baker, E.C. Stuart (1927). The Fauna of British India. Birds. Volume 4 (ed. 2). m/s. 353–356.
- ^ Mayr, Gerald (2010). "Phylogenetic relationships of the paraphyletic 'caprimulgiform' birds (nightjars and allies)" (PDF). Journal of Zoological Systematics and Evolutionary Research. 48 (2): 126–137. doi:10.1111/j.1439-0469.2009.00552.x.
- ^ Holmgren, J. (1998). "A parsimonious phylogenetic tree for the swifts, Apodi, compared with DNA-analysis phylogenies". Bulletin of the British Ornithologists' Club. 118 (4): 238–249.
- ^ Lucas, F.A. (1895). "Deep flexor tendons of Macropteryx". Ibis: 300. doi:10.1111/j.1474-919X.1895.tb06529.x.
- ^ Lucas, Frederic A. (1889). "The Main Divisions of the Swifts" (PDF). The Auk. 6 (1): 8–13. doi:10.2307/4067429. JSTOR 067429.
- ^ Whistler, Hugh (1931). "On the nesting of the crested swifts". Journal of the Bombay Natural History Society. 34: 772–777.
- ^ Stanford, JK; Smith, HC (1936). "The nesting of the Indian Crested Swift (Hemiprocne coronata) in Upper Burma". Journal of the Bombay Natural History Society. 39 (1): 125–126.
- ^ Smythies, B.E. (1953). "Crested Tree Swifts and wild bees". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 51 (4): 938.