Elena Sergeevna Katina (Rusia: Елена Сергеевна Катина, lahir 4 Oktober 1984), juga dikenali sebagai Lena Katina, merupakan penyanyi dan penulis lagu Rusia yang terkenal sebagai ahli kumpulan duo t.A.T.u. Beliau memulakan kerjayanya pada usia lapan tahun, menyertai kumpulan kanak-kanak Rusia, Avenue, tidak lama kemudian menyertai Neposedi. Pada tahun 1999 penerbit Ivan Shapovalov memilih Katina untuk projeknya, t.A.T.u., serta Julia Volkova. Duo itu kemudian menjadi penggiat muzik pop Rusia paling berjaya. Kumpulan ini muncul dengan lagu hits termasuk "All the Things She Said", "Not Gonna Get Us" dan "All About Us". Single sulung mereka "All The Things She Said" menduduki nombor satu di 19 negara termasuk UK, Rusia dan Australia.[1][2][3][4]

Lena Katina
Katina pada April 2013
Latar belakang
Nama lahirElena Sergeevna Katina
Kelahiran (1984-10-04) 4 Oktober 1984 (umur 39)
Moscow, SFSR Rusia, Kesatuan Soviet
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenPiano dan vokal
Tahun aktif1992–kini
Syarikat rakaman
Katina Music Inc., Maqueta Records, T.A. Music, Such Much Productions
Pengkarya berkait
t.A.T.u., Neposedi, Julia Volkova
Laman sesawang
www.lenakatina.com

Pada 2009 Katina memulakan kerjaya solo, yang menyebabkan t.A.T.u. bercuti panjang. Pada 2011 Katina dan Volkova secara rasminya berpecah bagi memulakan kerjaya solo. Pada tahun itu Katina melancarkan single sulungnya, "Never Forget", yang mana pada 2011 mencapai No. 1 di MTV Russia Top 10 dan juga memenangi MTV Russia – 2011 Video of the Year.[5] Ia juga mencapai No. 1 di US Billboard Hot Dance Club Play dan No. 1 di Greece.

Pada tahun 2014, beliau melancarkan album sulungnya This Is Who I Am, diikuti oleh album keduanya, pertama dalam bahasa Rusia, Mono, pada 2019.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Niet compatibele browser. Facebook. Retrieved 10 February 2011.
  2. ^ a b Kanaal van lenakatinamusic. YouTube. Retrieved 10 February 2011.
  3. ^ "t.A.T.u. Album & Song Chart History". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2011. Dicapai pada 19 August 2011.
  4. ^ "The Official Charts Company – Tatu – All The Things She Said". Official Charts Company. Dicapai pada 19 August 2011.
  5. ^ Never Forget is #1 on MTV Russia. Lena-katina.com. Retrieved 27 April 2012. Diarkibkan 20 Oktober 2014 di Wayback Machine

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Prime Minister
bersama "Northern Girl"
Rusia di Pertandingan Lagu Eurovision
2003
(sebagai sebahagian daripada t.A.T.u.)
Diikuti oleh:
Yulia Savicheva
with "Believe Me"