Lim Si Pin

Lim Si Pin adalah Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada 2008 to 2011.[1] Beliau anak kepada Tun Dr Lim Keng Yaik, mantan pengerusi parti Gerakan.

Memorandum Anti ISASunting

Pada pilihan raya 2008, Lim Si Pin telah dikalahkan oleh Chua Tian Chang (PKR) di kawasan Parlimen Batu, Kuala Lumpur dengan majoriti yang besar sebanyak 9,455 undi.

Pada 31 Julai 2009, Pemuda Gerakan tidak setuju Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diteruskan. Oleh itu Lim Si Pin bersama 40 pengikut menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar ISA dihapuskan. Sesampai di pintu pagar istana, pegawai istana menolak memorandum itu kerana tidak memenuhi prosedur.

Sebelum ini Gerakan setuju turut serta dalam Perhimpunan Anti ISA pada hari Sabtu, 7 Julai 2009. Malangnya Perhimpunan Pro ISA turut diadakan di lokasi yang berdekatan dan polis PDRM memutuskan perhimpunan itu diharamkan. [2]

Tindakan Lim Si Pin untuk membatalkan sokongan Pemuda Gerakan kepada GMI pada 1 Ogos 2009 telah mendapat reaksi negatif daripada rakyat Malaysia.[3]

RujukanSunting

  1. ^ "Lim Si Pin to step down as Gerakan Youth chief next year". Sin Chew Jit Poh. 8 October 2010. Dicapai pada 28 Mei 2011.
  2. ^ Pemuda Gerakan Gagal Serah Memorandum Kepada Istana Bernama
  3. ^ Anti-ISA movement 'betrayed' Malaysiakini.