Liza Hanim 27 Years Journey In Concert

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert merupakan konsert solo pertama oleh penyanyi rakaman Malaysia, Liza Hanim. Konsert ini dianjurkan bersama LH Media Sdn Bhd dan Laugh Out Loud Entertainment. Konsert ini diadakan pada 04 Februari 2024.

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert
Konsert oleh Liza Hanim
Fail:Poster Official Liza Concert 27 Year Journey.jpg
LokasiKuala Lumpur
TempatZepp, Kuala Lumpur
Album berkaitanEpilog, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Puteri Jelmaan, Istimewa, Isyarat Jiwa, Ku Teruskan, Imagin
Tarikh04 Februari 2024
Tempoh masa2 jam 30 minit
PenerbitShah Indigo (LH Media Sdn Bhd)
Laman sesawanghttps://www.lizahanimconcert.com

Konsert sunting

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert merupakan konsert solo pertama Liza Hanim sepanjang 27 tahun dalam kerjaya muzik beliau sejak kemunculan sulungnya selepas memenangi Naib Johan Golden Teen Search '96 anjuran RTM pada 1996.

Berlangsung pada 04 Februari 2024, Liza Hanim telah mengorak langkah besar apabila menjayakan konsert pertama beliau. Konsert ini telah berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur. Dalam konsert ini, Liza Hanim telah mempersembahkan 33 buah lagu, beliau turut menampilkan satu segmen khas Tribute Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma serta My Heart Will Go On yang merupakan nyanyian asal Celine Dion sebagai penutup tirai persembahan malam itu. Konsert ini telah berlangsung hampir dua jam 30 minit.

Latar Belakang sunting

Pada Oktober 29, 2023, Liza Hanim mengumumkan bakal mengadakan Liza Hanim 27 Years Journey In Concert dan merupakan konsert solo pertamanya pada Februari 04, 2024. Perkara tersebut diumumkannya selepas habis membuat persembahan di konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keenam malam tersebut.

Tiket untuk konsert tersebut telah mula dijual pada tepat jam 12:00 pagi, 30 Oktober 2023. Tiket tersebut telah tersedia di website ticket empire.

Susunan lagu sunting

Persembahan 1
  • "Imaginasimu (hey Liza!)"
  • "Dunia Cinta"
  • "Getaran Cinta Di Jiwa"
  • "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa"
  • "Lepas Biar Bersebab"
  • "Bahtera Cintamu"
  • "Izinkan Ku Berlalu"
  • "Kata Hati"
  • "I Love You"
  • "Ku Idamkan Rindu"
  • "Biarkan Aku Merinduimu"
  • "Sepanjang Aku Menyintaimu"
  • "Kerana Terlalu Menyintaimu"
  • "Puteri Jelmaan"
  • "Dimana Kan Ku Cari Ganti"
  • "Jeritan Batinku"
  • "Istana Cinta"
  • "Tiada"
  • "Sejuta Maaf"
  • "Bahagiakan Dia (ft. Marsya Qistina)"
Persembahan Selingan
  • "Temanku Tersayang (Marsya Qistina)"
Persembahan 2
  • "Bebas"
  • "Hadir Dirimu"
  • "You Don't Add Up"
  • "Best Of You"
  • "Merawat Luka Terpendam"
  • "Lara"
  • "Semilir"
  • "Jatuh Cinta"
  • "Siapa Sangka Siapa Menduga"
  • "Andainya Aku Bersuara"
  • "Ku Teruskan"
  • "Gelisah Mimpi"
  • "My Heart Will Go On"


Tarikh konsert sunting

Tarikh Bandar Negara Tempat Jualan tiket
04 Februari 2024 Kuala Lumpur Malaysia Zepp Kuala Lumpur 1,300

Tiket sunting

Zone Harga Jualan
VIP 1 RM 8000 SOLD OUT
VIP 2 RM 8000 SOLD OUT
VIP 3 RM 8000 SOLD OUT
VIP 4 RM 8000 SOLD OUT
VIP 5 RM 8000 SOLD OUT
VIP 6 RM 8000 SOLD OUT
VIP 7 RM 8000 SOLD OUT
VIP 8 RM 8000 SOLD OUT
SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA (L) RM 398 SOLD OUT
SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA (C) RM 398 SOLD OUT
SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA (R) RM 398 SOLD OUT
GELISAH MIMPI (L) RM 388 SOLD OUT
GELISAH MIMPI (C) RM 388 SOLD OUT
GELISAH MIMPI (R) RM 388 SOLD OUT
GETARAN CINTA DI JIWA (L) RM 358
GETARAN CINTA DI JIWA (C) RM 358
GETARAN CINTA DI JIWA (R) RM 358
KU IDAMKAN RINDU (L) RM 288 SOLD OUT
KU IDAMKAN RINDU (C) RM 288 SOLD OUT
KU IDAMKAN RINDU (R) RM 288 SOLD OUT
SEJUTA MAAF (L) RM 228 SOLD OUT
SEJUTA MAAF (C) RM 228 SOLD OUT
SEJUTA MAAF (R) RM 228 SOLD OUT