Istimewa (album 2000)
"Istimewa" merupakan album studio keempat nyanyian penyanyi popular Liza Hanim mengandungi 11 buah lagu, diterbitkan pada tahun 2000 edaran SRC. Album ini menyaksikan kerjasama Liza bersama komposer Azmeer sebagai penerbit. Lagu single pertama, Andainya Aku Bersuara yang disimpan bertahun-tahun oleh komposer Azmeer dan akhirnya direkodkan oleh Liza Hanim meledak di corong-corong radio.
Istimewa | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 29 Mei 2000 | |||
Dirakamkan pada | Disember 1999 - Mei 2000 | |||
Studio | PRO Recording Studio | |||
Genre | Pop | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit | Azmeer Adnan Abu Hassan Helen Yap | |||
Kronologi Liza Hanim | ||||
| ||||
Single dari album Istimewa | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Liza juga berjaya meraih anugerah perak di Festival Muzik Asia Shanghai menerusi persembahan seleksi lagu-lagu daripada album ini. Album ini juga meraih pencalonan Album Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000. Lagu Andainya Aku Bersuara juga layak ke Anugerah Juara Lagu 2001 manakala lagu Kata Hati terkandas di Separuh Akhir Muzik - Muzik (Kategori Pop Rock).
Lagu Andainya Aku Bersuara meningkatkan populariti Liza Hanim tetapi tidak setinggi populariti yang pernah dikecapi beliau ketika mempromosikan album sulung dan kedua beliau.
Keluaran Sunting
Buat pertama kalinya Liza Hanim merekodkan lagu Inggeris pertama menerusi lagu Best Of You hasil ciptaan Ros Ariffin dan sentuhan Helena Hon sebagai penulis lirik yang dijadikan bonus track untuk pembeli CD album tersebut sahaja dimana pembeli kaset album ini hanya dapat menikmati 10 buah lagu tanpa lagu Inggeris tersebut.
Sepertimana tiga album Liza Hanim sebelum ini, album Istimewa juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza.
Kontroversi Sunting
Lagu Kata Hati terkandas di Separuh Akhir Muzik - Muzik (Kategori Pop Rock) 2001 disebabkan oleh ura-ura yang mengatakan lagu tersebut tidak mendapat perhatian juri kerana mempunyai persamaan dengan lagu Britney Spears, Baby One More Time.
Senarai runut Sunting
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Andainya Aku Bersuara" | Lukhman S | Azmeer | 4:20 | |
2. | "Aku Ingin Bercinta Sekali Saja" | Baiduri | LY | 4:49 | |
3. | "Kata Hati" |
| Rickie Koes | 4:26 | |
4. | "Rindu Di Hujung Kasih" | Afiq Syahmi | Aiman | 5:31 | |
5. | "Kau Punya Istana" | M. Zulkifli | Ross Ariffin | 4:44 | |
6. | "Rindu Bistari Kalbu" | Azmeer | Helen Yap | 4:58 | |
7. | "Anggunnya Cintamu" |
| Ajai | 4:30 | |
8. | "Memori Kita" | Tisya | Zul Mahat | 5:05 | |
9. | "Sudah Lama Memendam Rasa" | Lukhman S | Adnan Abu Hassan | 5:39 | |
10. | "Sepanjang Aku Menyintaimu" | Baiduri | LY | 4:55 | |
11. | "Best Of You" (Bonus Track) | Helena Hon | Ross Ariffin | 4:38 | |
Tenaga kerja Sunting
- Tan Su Loke - penerbit eksekutif
- Azmeer - penerbit
- LY - penerbit
- Alfa/Rummie Booty - penerbit
- Zulkefli Majid - penerbit
- Ross Ariffin - penerbit
- Helen Yap - penerbit
- Ajai - penerbit
- Zul Mahat - penerbit
- Adnan Abu Hassan - penerbit
- Jason Foo - penyelaras produksi
- Sham Amir Hussain - pengurus A&R
- Zulkefli Majid - koordinator A&R
- Bard - pengurus promosi
- Ariffin - unit promosi
- Azhar - unit promosi
- Lyn - unit promosi
- Rahayu - unit promosi
- Koh - jurutera
- Vincent - jurutera
- Wong - jurutera
- Genesis Mastering Lab - mastering
- Nurul - jurusolek
- Jen Studio - jurufoto
- AS Design & Print - konsep cover
Kedudukan carta Sunting
Single
Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Radio Muzik | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||
2000 |
Andainya Aku Bersuara |
- | - | - | 2 | |||||
"Kata Hati" | - | - | - | 1 | ||||||
"Aku Ingin Bercinta Sekali Sahaja" | - | - | - | - | ||||||
2001 | "Kau Punya Istana" | - | - | - | - |
Anugerah Sunting
Anugerah Juara Lagu Sunting
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|
2001 | Andainya Aku Bersuara | Lagu Balada Terbaik | Tercalon |
Shanghai Music Festival Sunting
Tahun | Penerima | Anugerah | Keputusan | Negara Hos |
---|---|---|---|---|
2000 | Dirinya sendiri | Shanghai Asia Music Festival 2000 (Asia New Singer Competition) | Anugerah Piala Perak
|
China |