Louis V dari Perancis

Louis V (966/67 – 21 Mei 987), ialah raja Frank di Barat Perancis dari tahun 986 sehingga kemangkatan awal tahun kemudian. Baginda mangkat dan tidak mempunyai waris di Carolingian di Barat Perancis.

Louis V
Raja Frank di Barat Perancis
Pertabalan Raja Louis V pada kurun ke-14
Grandes chroniques de France
Pemerintahan2 Mac 986 – 21 Mei 987
Perancis8 Jun 979
Saint-Corneille Abbey, Compiègne
Didahului olehLothair
Diikuti olehHugh Capet
Keputeraan966/67
Compiègne, Perancis
Kemangkatan21 Mei 987 (umur 20-21)
Hutan Halatte, Perancis
PemakamanBiara Saint-Corneille di Compiègne, Perancis
PasanganAdelaide-Blanche
KerabatCarolingian
AyahandaRaja Lothair
BondaRatu Emma

Tahun-tahun awal

sunting

Anakanda sulung Raja Lothair dan permaisurinya, Permaisuri Emma, puteri kepada Lothair II dari Itali. Raja Louis diputerakan sekitar tahun 966–67. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai pewaris takhta pada 8 Jun 979 di Gereja Saint-Corneille di Compiègne oleh biskop agung Adalbero Reims dan baginda berkuasa penuh sebagai pemerintah Perancis selepas Raja Lothair mangkat pada tahun 986. Louis V ialah raja terakhir Dinasti Carolingian, Raja Barat Perancis dan memerintah di Lyon dari 2 Mac 986 sehingga kemangkatannya ketika berusia 20 tahun pada 21 Mei 987. Pada tahun 982 di Vieille-Brioude, Busana-Loire, ketika berusia lima belas tahun. Raja Louis sudah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang janda yang berusia empat puluh tahun Adelaide-Blanche Anjou, kakanda perempuan kepada Count Geoffrey. Permaisurinya seorang janda dan pernah berkahwin dua kali sebelum itu dengan Count Stephen Gévaudan dan Count Raymond Toulouse, Putera Gothia. Louis dan Adelaide-Blanche telah dinobatkan sebagai Raja dan Ratu dari Aquitaine oleh saudara Adelaide, Bishop dari kalangan Orang Puy.

Pemerintahan dan kemangkatan

sunting

Kemangkatan ayahandanya pada 2 Mac 986, Raja Louis V ditabalkan menjadi Raja bagi Orang Frank. Biskop Agung Adelbero dan Ratu Emma berpakat untuk merampas kuasa sistem keberajaan. Pada mulanya Ratu Emma menguasai keadaan, tetapi pada musim panas 986, penggulingan kuasa berlaku apabila pihak di bahagian anti-Ottonian memenangi peperangan dan Adelbero dan Ratu Emma dipaksa untuk meninggalkan istana dan berlindung dengan Hugh Capet di sungai Meuse. Raja Louis V berubah fikiran dan membuat rundingan perdamaian dengan Adalbero pada musim bunga 987 mengikut perancangan dari Ratu Theophanu, bonda kepada Kaisar Otto III. Tetapi sebelum rundingan ini selesai, Raja Louis V disahkan mangkat pada 21 Mei 987 dikatakan baginda terjatuh ketika sedang berburu di Hutan Halatte berdekatan dengan kota Padua. Baginda dimakamkan di Biara Saint-Corneille di Compiègne.

Baginda meninggalkan warisnya Putera Charles, Duke Lorraine, telah dicalonkan sebagai penggantinya untuk takhta bagi Dinasti Lorraine. Tetapi kedua-dua Biskop Agung, Adalberon dan Gerbert (yang kemudian menjadi Paus Sylvester II), tidak bersetuju dengan pencalonan tersebut dan mereka memilih untuk melantik Hugh Capet, yang tidak mempunyai pertalian dengan kerabat diraja tetapi beliau telah membuktikan dirinya sebagai seorang jeneral yang cekap dan berani. Hugh Capet telah ditabal sebagai raja yang baharu Frank dan Adalbero telah menabalkan beliau, dua bulan selepas kemangkatan Louis V. Maka berakhirlah Dinasti Carolingian dan bermula era Dinasti Capet di Barat Perancis.

Rujukan

sunting
  • Gwatkin, H. M., Whitney, J. P. (ed) et al. The Cambridge Medieval History: Volume III. Cambridge University Press, 1926.
  • Frantz Funck-Brentano: National History of France. New York : AMS Press, 1967.
  • Ferdinand Lot: Les derniers Carolingiens: Lothaire, Louis V, Charles de Lorraine (954–991), Paris 1891.
  • Walther Kienast: Deutschland und Frankreich in der Kaiserzeit (900–1270), vol. 1, Hiersemann, Stuttgart 1974.

Pautan luar

sunting
Didahului oleh
Lothair
Raja di Barat Perancis
986–987
Diikuti oleh:
Hugh Capet
Didahului oleh
Ranulf II
Duchy Aquitaine
982–987
Diikuti oleh:
Hugh Capet



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.