Love Me Butch ialah sebuah kumpulan muzik Malaysia yang membawa lagu-lagu bergenre post-hardcore. Kumpulan ini ditubuhkan pada 1997, dianggotai oleh Syarul Reza (vokal), Wing Meng (gitar), Kevin Kong (bes) dan Jana Nair (dram). Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berbahasa Inggeris dan telah meneerbitkan tiga album studio.

Love Me Butch
GenrePost-hardcore, rock alternatif
Tahun aktif1997 Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanChicosci
Pautan berkaitan
Tapak sesawanglovemebutch.com Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainTwitter: lovemebutchband Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kumpulan ini turut mengambil bahagian dalam Rockaway 2012 yang dianjurkan oleh Livescape Asia.[1] Bergandingan dengan kumpulan Hujan, Love Me Butch melangsungkan konsert jelajah mereka pada sekitar Mei-Jun 2013, yang digelar "Hujan X Love Me Butch Tour 2013".[2][3]

Pada September 2015, Love Me Butch telah mengumumkan pengunduran Syarul Reza sebagai vokalisnya di laman Facebook mereka. Difahamkan yang Syarul meninggalkan kumpulan itu kerana mengikut keluarganya menetap di Melbourne, Australia. Mereka turut menyatakan akan terus aktif selepas ketiadaan Syarul dan akan tampil dengan vokalis baru.[4]

Ahli kumpulan

sunting
  • Syarul Reza (vokal; 1997-2015)
  • Wing Meng (gitar; 1997-2015)
  • Kevin Kong (bass; 1997-2015)
  • Jana Nair (dram; 2008-2015)
  • Sukhwinder Singh (dram; 1997-2007)

Diskografi

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting