Luigi Palmieri (22 April 1807 - 9 September 1896) merupakan ahli fizik dan meteorologi Itali. Beliau terkenal kerana kajian-kajian saintifiknya berkenaan letusan Gunung Vesuvius, gempa bumi dan fenomena-fenomena meteorologi dan kerana menambahbaik alat seismograf pada masa itu.[1]

Luigi Palmieri
Luigi Palmieri
Kelahiran22 April 1807
Meninggal dunia9 September 1896
WarganegaraItali
Kerjaya saintifik
Bidangahli fizik dan meteorologi

Biografi sunting

Palmieri telah dilahirkan di Faicchio, Benevento, Itali pada 22 April 1807. Beliau menerima ijazah dalam seni bina dari Universiti Naples. Pada 1845, beliau menjadi Profesor Fizik di Sekolah Tentera Laut Diraja di Naples dan pada 1847, beliau telah dijawatkan sebagai Pengerusi Fizik di universiti tersebut. Pada 1848, beliau mula bekerja di Balai Cerap Vesuvius dan pada 1854 beliau telah dijadikan Pengarah balai cerap tersebut. Dengan menggunakan seismometer elektromagnet bagi pengesanan dan pengukuran gegaran tanah, Palmieri telah berjaya mengesan gerakan yang sangat kecil untuk mencuba meramal letusan gunung berapi. Beliau juga merupakan orang pertama yang mengesan kewujudan helium di Bumi di dalam lava Gunung Vesuvius.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.geophys.uni-stuttgart.de/oldwww/seismometry/seismo_htm/seismographen.htm
  2. ^ Stewart, Alfred Walter (2008). Recent Advances in Physical and Inorganic Chemistry. BiblioBazaar, LLC. p. 201. ISBN 0-554-80513-8.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.