Masjid Sultan Muhammad V
Masjid Sultan Muhammad V yang terletak dalam perkarangan Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka mula dibina pada 19 September 2005 dan siap sepenuhnya pada 4 Januari 2010. Masjid ini boleh menampung seramai 3,000 jemaah pada sesuatu masa.
Masjid Sultan Muhammad V مسجد سلطان محمد ٥ | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Islam Sunni |
Dibuka pada | 2010 |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | SM Hashim Bin Hamza (Imam Besar) SJN Mohamad Azhar Bin Ibrahim (Timb. Imam Besar) Ustaz Khasbullah Bin Borham |
Pengerusi | PKK Faridon Bin Md Saad |
Dimiliki oleh | Jabatan Penjara Malaysia |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Lokasi | Masjid Sultan Muhammad V, Kompleks Penjara Sungai Udang, 76300 Sungai Udang, Melaka |
Koordinat | 2.289453903788413, 102.13818139730078 |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Kapasiti jemaah | 3000 |
Laman sesawang | |
https://www.facebook.com/masjidsultanmuhammadv | |
sunting |
Sejarah sunting
Masjid ini pada awalnya dinamakan Masjid al-Muhajirin namun ia ditukar kepada Masjid Sultan Muhammad V dan dirasmikan oleh Sultan Muhammad V pada 3 Mac 2017.
Pembinaan kompleks dan masjid yang berharga RM 305 juta ini merangkumi dua aras utama dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk jemaah serta pengunjung.
Pentadbiran sunting
Pengurusan bagi Masjid Sultan Muhammad V adalah di bawah pentadbiran Institusi Penjara Sungai Udang secara langsung iaitu pengerusi masjid adalah dari kalangan Pengarah atau Timbalan Pengarah institusi sendiri dan dinaungi oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka.[1]
Sejarah Pengerusi Masjid Sultan Muhammad V adalah seperti berikut:
- PKK Nik Mohamad Faidza bin Nik Jaafar (2010 - 2013)
- YBhg. TKP (B) Datuk Nor Afifi bin Sulong (2013 - 2018)
- TKP Noor Aziz Bin Muhamad Noor (2018 - 2021)
- PKK Faridon Bin Md Saad (2021 - kini)
Alamat sunting
- Masjid Sultan Muhammad V,
Kompleks Penjara Sungai Udang,
Jalan Masjid Tanah,
76300 Sungai Udang,
Melaka,
Malaysia
Rujukan sunting
- ^ "Majlis Perasmian Masjid Sultan Muhammad V Penjara Sungai Udang, Melaka". Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia. 27 Mac 2017. Dicapai pada 19 Januari 2021.