M Muthu Palaniappan

Dato' Muthupalaniappan a/l Muthu Raman ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Negara pada 1980[1] hingga meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum 1982. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi DUN Si Rusa pada 1982-1986 dan DUN Rantau pada 1986-1995.

M Muthu Palaniappan
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Rantau
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului oleh Ismail Lebai Kamat
Digantikan oleh Hamdan Mohamad
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Si Rusa
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului oleh A. Ponniah
Digantikan oleh Krishnasamy Muthurajoo
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
15 Disember 1980 – 1982
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Butiran peribadi
LahirMuthupalaniappan a/l Muthu Raman
Parti politik Parti Keadilan Rakyat (sejak 2012)
Kongres India Malaysia (sehingga 2012)

Politik sunting

Parti Keadilan Rakyat sunting

Selepas menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau telah dipilih menjadi Naib Ketua Cabang Telok Kemang pada 2014 hingga 2018.

Kongres India Malaysia sunting

Muthupalaniappan pernah menjadi Naib Presiden MIC pada 1997 hingga 2000[2][3]. Beliau mula menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC pada 1979.

Keanggotaan Muthu Palaniappan daripada MIC telah digugurkan berkuat kuasa 30 April 2012 selepas menyatakan hasrat menyertai PKR[4].

Pada 24 Januari 2009, beliau pernah dipecat daripada MIC selepas mengumumkan akan mencabar S. Samy Vellu untuk jawatan MIC dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada Mei 2009[5]. Namun, beliau telah mengemukakan rayuan. Dalam pemilihan tersebut, beliau tewas kepada penyandang, S. Samy Vellu[1].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) - Dato' (1986)

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Tindakan UMNO BN Tidak Bertanding PRK Penanti Ditentang Samy Vellu". GreenBoc. 18 April 2009. Dicapai pada 22 Disember 2021.
  2. ^ "Mahalingam gagal pertahan jawatan" (PDF). Perdana. 3 Ogos 1997. Dicapai pada 22 Disember 2021.
  3. ^ "Bekas Naib Presiden mahu cabar Samy Vellu". mStar. 11 November 2008. Dicapai pada 22 Disember 2021.
  4. ^ Bernama (April 29, 2012). "Muthu Palaniappan's Name Struck Off From MIC List" (PDF). Perdana. Dicapai pada 22 Disember 2021.
  5. ^ G. MANIMARAN (24 Januari 2009). "Bekas Naib Presiden MIC berhasrat cabar Samy Vellu dipecat". mStar. Dicapai pada 22 Disember 2021.