Dato' Sundram Muthaya (1944-2011) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan ADUN Jeram Padang (1995-1999).

Dato'

Sundram Muthaya
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Jeram Padang
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Rajagopalu Thamotharapillay
Butiran peribadi
Lahir1944
Meninggal dunia28 Disember 2011[1]
Hospital Appolo Karaikudi, Tamil Nadu, India
Parti politik Kongres India Malaysia

Sundram pernah dilantik sebagai Pengerusi MIC Negeri Sembilan (1995-1997) dan dipilih menganggotai Majlis Tertinggi pusat parti MIC.

Meninggal dunia sunting

Pada 28 Disember 2011, Datuk M Sundram (67 tahun) meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Appolo Karaikudi, Tamil Nadu, India.

Isterinya Datin R Nagaratnam (59) dan mereka mempunyai dua anak lelaki iaitu Saravanan, 35, dan Prathaban, 31.

Exco kerajaan Negeri Sembilan , Datuk Mogan Velayatham, yang juga Ketua Penerangan MIC pusat memaklumkan bahawa Sundram meninggal dunia pada jam 7 malam waktu India. Mayat mendiang dibawa ke rumahnya di Taman Rantau dan dikebumikan pada 30 Disember 2011.[2]

Rujukan sunting

Saravanan Sundram