Iman (majalah)

(Dilencongkan dari Majalah Iman)

Majalah Iman merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia sejak bulan Februari 2012. Majalah ini diterbitkan secara bulanan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd.

Majalah Iman diterbitkan dengan memaparkan bahan berkonsepkan bimbingan panduan dan pengetahuan am mengenai Islam. Iman merupakan majalah yang berkonsepkan keagamaan untuk bacaan santai dan panduan. Majalah Iman mengandungi pelbagai info, tip, panduan, bimbingan dan ilmu Islam yang sesuai dibaca pelbagai peringkat umur.

Juga terdapat ilmu al-quran dan hadis, perbincangan akidah dan sains, pembinaan keluarga, bimbingan dan panduan akhlak muslim, cerita berkenaan sejarah serta teladan dan sebagainya, yang disampaikan secara ringkas untuk kemudahan pembaca. Majalah Iman sesuai dibaca untuk peringatan dan memantapkan diri sebagai seorang muslim.

Majalah Iman yang diterbitkan oleh anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Karya Sdn. Bhd. dengan harga RM8.00 bagi setiap naskah di Semenanjung Malaysia.

Pautan Luar sunting