Majlis Daerah Simpang Renggam
Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) ialah salah satu pihak berkuasa tempatan di daerah Kluang, Johor selain Majlis Perbandaran Kluang.
Majlis Daerah Simpang Renggam مجليس دايره سيمڤڠ ريڠڬم | |
---|---|
MDSR | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua (YDP) | Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd Manap |
Moto | |
Usaha Maju Jaya | |
Tempat persidangan | |
![]() Pejabat MD Simpang Renggam, 86200, Simpang Renggam, Johor Darul Ta'zim | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting ![]() |
Sejarah sunting
Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya ditubuhkan sebagai Majlis Daerah Kluang Selatan, di mana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah kerajaan tempatan di negeri Johor.
Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam dengan rasminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.
Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.
Rujukan sunting
Pautan luar sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Majlis Daerah Simpang Renggam |