Majlis Daerah Tuaran

Majlis Daerah Tuaran (MDT)[1] ditubuhkan untuk mengurus dan mentadbir kawasan Tuaran dengan fokus kepada pembangunan dan penyediaan perkhidmatan asas. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk melalui perancangan bandar yang sistematik, penyelenggaraan infrastruktur, dan penguatkuasaan undang-undang tempatan. Dengan kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan, majlis ini berusaha untuk memastikan pembangunan yang mampan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Majlis Daerah Tuaran
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Januari 1958
Didahului oleh
Lembaga Daerah Beaufort
Kepimpinan
Pegawai Eksekutif
Jamlin Bin Ladin
Struktur
Ahli11 orang ahli majlis
Moto
-
Tempat persidangan
Peti Surat 580, 89208 Tuaran, Sabah
Laman sesawang
https://mdtuaran.sabah.gov.my/index.php
Perlembagaan
Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Majlis Daerah Tuaran telah ditubuhkan pada 01 Januari 1958 dibawah “Rural Government Ordinance Cap. 132” dan mula berkuatkuasa sebagai Badan Berkuasa Tempatan pada 01 Januari 1962 dibawah Ordinan Kuasa Tempatan 1961 dan Suratcara Majlis Daerah Tuaran 1961.

Keluasan kawasan perkadaran Majlis Daerah Tuaran 15,369 ekar persegi dan merangkumi 4 kawasan pilihanraya.

  1. Kawasan N.12 Sulaman
  2. Kawasan N.13 Pantai Dalit
  3. Kawasan N.14 Tamparuli
  4. Kawasan N.15 Kiulu

Mempunyai 6 pekan antaranya ialah:

i. Pekan Tenghilan

ii. Pekan Tamparuli

iii. Pekan Kiulu

iv. Pekan Topokon

v. Pekan Berungis

vi. Pekan Tuaran

Pekan Pentadbiran Majlis Daerah Tuaran terletak di pekan Tuaran. Sebelum ini Majlis berpejabat di bangunan Urusetia Kecil Tuaran. Pada tahun 1994, cadangan membina kompleks Pejabat Majlis Daerah Tuaran telah diluluskan dan pembinaan dimulakan, bangunan baru Majlis ini dinamakan bangunan Kompleks Majlis Daerah Tuaran dan telahpun diduduki pada penghujung tahun 1997.

Objektif

sunting
  1. Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
  2. Berusaha sejahumana yang boleh untuk berdikari dari segi kewangan supaya tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.
  3. Memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan organisasi.
  4. Memperkukuhkan pengurusan dan perkhidmatan serta perkhidmatan perbandaran dan kemakmuran.
  5. Mewujudkan lebih banyak kemudahan dan infrastruktur awam bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat.
  6. Mempergiatkan pembangunan Bandar dan desa serta memperkukuhkan sosial-ekonomi secara holistik untuk kesejahteraan masyarakat.
  7. Mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam bagi tujuan mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Visi dan Misi

sunting

Visi

Menjadikan Majlis Daerah Tuaran sebuah PBT yang unggul di Negeri Sabah menjelang tahun 2025. Unggul dari segi pentadbiran, pengurusan, pembangunan dan penyampaian perkhidmatan.

Misi

Memastikan pengurusan, perkhidmatan dan pembangunan yang terancang, bersistematik, cekap dan berkesan bagi kemakmuran masyarakat.

Fungsi

sunting

Matlamat

sunting

Matlamat utama Majlis Daerah Tuaran adalah untuk memberikan segala kemudahan asas dan infrastruktur kepada orang awam, terutama penduduk luar bandar, supaya dapat mencapai taraf hidup yang lebih sempurna dan sistematik selaras dengan polisi dan rancangan pembangunan kerajaan.

Fungsi Utama Majlis Daerah Tuaran

sunting
  1. Menerima, memproses, dan meluluskan Pelan Pembangunan, Pelan Bangunan, dan Pelan Rumah.
  2. Memastikan bandar dalam keadaan bersih.
  3. Merancang, membina, dan menyelenggara infrastruktur dan kemudahan awam.
  4. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
  5. Mengenalpasti kawasan-kawasan baru untuk dimasukkan ke dalam kawasan percukaian.
  6. Menerima, memproses, dan meluluskan lesen perniagaan berikut:
    • Lesen Pusat Hiburan Awam
    • Lesen Pusat Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan
    • Lesen Pasar
    • Lesen Premis Makanan
    • Lesen Pusat Penjaja
    • Lesen Penjaja Bergerak
    • Lesen Salon Rambut
    • Lesen Biliard
    • Lesen Papan Tanda dan Papan Iklan

Rujukan

sunting
  1. ^ "𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍". mdtuaran.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-12-04.