Dalam bidang sains komputer dan juga teori maklumat, pemampatan data atau pengekodan sumber bermaksud, proses mengekod maklumat untuk menghasilkan jumlah saiz bit yang terkecil. Contohnya adalah format fail ZIP. Salah satu motivasi dalam kajian ini ialah bagi memperbolehkan penghantaran dan penyimpanan data dibuat lagi cepat. Saiz bit yang lagi kecil lagi cepat dihantar diantara jaringan komputer, begitu juga saiz bit yang lagi kecil lagi banyak boleh disimpan dalam satu cakera komputer.