Marionexxes
MARIONEXXES Jelajah Dunia
Pada Mei 2024, kumpulan MARIONEXXES telah melancarkan sebuah album Nyembah Figura Tuhan (NFT). Lantas mereka memulakan siri jelajah dunia yang bermula di London. Siri jelajah ini menampilkan mereka di segenap pelusuk bumi. Album ini dilancarkan di platform Maal Chain, sebuah portal Non Fungible Token.
Marionexxes | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Malaysia |
Tahun aktif | 1997 - |
Laman sesawang | http://marionexxes.com |
Ahli | Piko |
Bekas ahli | Ernie, DekDo, Johan, Joe |
Kumpulan MARIONEXXES ialah sebuah kumpulan pemuzik yang ditubuhkan oleh 5 orang anak muda yang giat mengayuh BMX sekitar tahun 1997. Mereka mempunyai minat yang sama di dalam dunia muzik. Diasaskan di sekitar Pasar Karat berdekatan Jalan Dhoby, Johor Bahru sewaktu rakan-rakan sebaya ini melapangkan masa bersama. Uniknya, mereka adalah para pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP)] di Tingkatan 3 dari sekolah-sekolah yang berbeza seluruh Malaysia. Konsep asas muzik yang mula dimainkan sewaktu itu lebih kepada ekperimental yang tidak menjurus kepada genre tetap.
Anggota MARIONEXXES
suntingAnggota asal
sunting- (Piko) Abdul Wahid Abdul Halim (bass, 1997 - sekarang)
- Ernie Nazirah (vokalis, gitaris utama, 1997 - 2000)
- DekDo (drum, 1997-1999)
- Johan Aziz (gitar rhythm, penyanyi latar, 1997 -2001)
- Joe
Ahli terkini
sunting- Prof Piko (vokalis, produser, komposer, pemuzik dan penerbit utama)
Dibantu oleh...
- JOHN YANG -*bass bat*
- PAUL KOK SENG -*guitar*
- DA RAWK -*drums*
- DUAN TESL -*rhythm guitar*
- DOYON BAHARAMBAM -*bite mics*
- MAGNA BAHARAMBAM -*lick mics*
- IDA BAHARAMBAM -*chipmunk*
- SENOY -*b-boy*
- TWEET -*dum cha*
- BOTAQ LYDIA'S DIERY -*Pinjam-Man*
- ILMUHAQ NORDIN - *cheng*
- NICKY - *snaring*
- IZHAM BAHARUM- *guitars*
- TAA ABBAS-*bass+didgeridoo*
- DINO -*drums*
- ALI KIMBA -*bass*
- EDDIE POKENOII -*drums*
- ITIK -*bass*
- ADEK - *guitars"
- WANTRANZ - *backup vox*
- Peakay Farhan - *drum*
- ABANG - *gitar*
- ARIEL AFTERLIFE - *gitar*
- MAN AFTERLIFE - *bass*
- FAIZ PRADANA - *remix*
Sejarah
suntingAwal penubuhan MARIONEXXES
suntingSeawal tahun 1997, mereka bertindak melakukan sesuatu yang baru, sering keluar ke bandar dari kampung untuk mendapatkan pengalaman remaja.
Pada tarikh 1hb Disember 1997 mereka telah sepakat menubuhkan kumpulan yang diberi nama 'MARIONEXXES' iaitu singkatan kepada campuran MARIONETTES, BMX dan SEX.
Nama MARIONEXXES membawa maksud boneka bertali yang tidak dikenali jantinanya mengayuh Basikal Model X. Terjemahan dalam sebutan bahasa Jawa perkataan 'Mari Uni Asih' membawa maksud sembuh bunyi kasih.
MARIONEXXES mula dibentuk
suntingDi awal pembabitan mereka, kumpulan MARIONEXXES telah berjaya menerbitkan produk sendiri sejak tahun 1997. Mereka merakamkan demo dan rehearsal untuk jualan dikalangan rakan-rakan sendiri. Hasilnya tidaklah lumayan cuma sekadar mendapatkan respons pendengar tentang muzik ciptaan sendiri. Lagu pertama yang dihasilkan berjudul Bicycle Model X berkonsepkan happy punk hardcore. Liriknya amat mudah, korus yang mudah diingati 'It's a bicycle, it's a bicycle, it's a bicycle model x'. Album rehearsal pertama pada tahun 1999 diberi judul 'Sticky Spoilly Thepoppycock' menampilkan 3 buah lagu iaitu Jalan Dobi, Marilyn Monroe dan Freshie from Boarding School.
MARIONEXXES ke Amerika Syarikat
suntingMARIONEXXES juga merupakan kumpulan muzik yang pertama yang terpilih dari Malaysia untuk beraksi pada konsert Vans Warped Tour 2010 yang diadakan di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat pada 8 Ogos 2010.[1]
ALBUM
sunting- Sticky Spoilly The Poppycock (1997)
- Indie Secret Admirer (2006)
- Band Music X (2009)
- I'M Singles Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine (Kompilasi, 2011)
- Trash So Hard (Kompilasi, 2009)
- I'M Singles (Kompilasi, 2011)
- POP (single, 2012)
- Harimau Malaya (remix by SKWARE1, 2013)
- Hari Mau Raya ft Wantranz (single, 2015)
- Kiamat (single, 2019)
- Back To Basix (single, 2020)
MARIONEXXES dicakar Taib Aur
suntingPada 5hb Mac 2011 [2], MARIONEXXES telah dijemput untuk melontarkan kata-kata semangat kepada para pelajar Universiti Teknologi Malaysia di acara Fenomena Seni.
Wajah Piko telah dilakar secara langsung oleh Taib Razak atau dikenali sebagai Taib Aur.
Ini merupakan suatu acara dimana Piko diberi peluang menyampaikan sedikit motivasi kepada para pelajar yang mana berminat dengan kegiatan seni.
Antara artis lain yang terlibat ialah Najwa Latif, Happy Ending dan ramai lagi.
Rujukan
sunting- ^ Marionexxes beraksi di AS
- ^ http://taibrazak.blogspot.com/2011/03/aur-fenomena-art-fest.html, Taib Aur mencakar Piko