The Problems of Philosophy
The Problems of Philosophy ("Masalah Falsafah") ialah sebuah buku karya Bertrand Russell yang terbit tahun 1912; buku ini ditulis beliau sebagai memberikan panduan berkaitan masalah-masalah falsafah secara ringkas dan yang mudah dimanfaatkan. Dengan memberi perhatian kepada masalah-masalah yang dipercayai boleh mewujudkan perbincangan yang positif dan membina, Russell menumpukan penulisannya kepada hal-hal berkaitan pengetahuan dan tidak metafizik: Jika sesuatu objek itu wujud, bagaimana dapat kita mengetahuinya jika tidak dengan kebarangkalian. Tiada sebab menyangsikan kewujudan objek-objek luaran hanya kerana data deria.
Umum | |
---|---|
Pengarang | Bertrand Russell |
Negara | United Kingdom |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Genre | Falsafah |
Tarikh penerbitan | 1912 |
Jenis media | Cetak |
Russell menunjukkan jalan kepada pembaca untuk mencelah pembezaan masyhur yang dibuatnya (1910) tentang "pengetahuan melalui pengetahuan dengan pengetahuan melalui pemerian" dan memperkenalkan teori-teori penting Plato, Aristotle, Rene Descartes, David Hume, John Locke, Immanuel Kant, Hegel dan lain-lain bagi menetapkan asas penyelidikan falsafah untuk kedua-kedua pembaca awam dan ahli falsafah.
Dalam halaman-halaman berikut saya telah membataskan diri saya, secara amnya, kepada masalah-masalah pokok falsafah yang saya fikir boleh saya perkatakan sesuatu yang positif dan membina, kerana hanya menyatakan kritikan negatif kelihatan janggal. Oleh sebab itu, teori tentang pengetahuan diberi ruang yang lebih luas daripada metafizik dalam jilid ini, dan beberapa tajuk yang banyak dibincangkan oleh ahli falsafah dibincangakan dengan ringkas, itu pun kalau ada perbincangan tentangnya.
— Bertrand Russell, Prakata dalam Masalah Falsafah
Pautan luar
suntingWikisumber bahasa Singkatan bahasa tidak dikenali oleh templat! mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: The Problems of Philosophy (Inggeris) |