Masato Harada

Pengarah, pengkritik dan pelakon Jepun

Masato Harada (原田 眞人, Harada Masato, lahir 3 Julai 1949) ialah seorang pengarah filem, pengkritik filem, dan kadangkala seorang pelakon Jepun; beliau terkenal di kalangan penonton asing sebagai Omura dalam filem The Last Samurai dan sebagai Mr Mita dalam Fearless. Dalam kedua-dua peranan lakonannya, beliau menggambarkan penjahat yang mahu Jepun dibaratkan di bawah Pemulihan Meiji sementara cuba untuk menghapuskan cara lama.

Masato Harada
Kelahiran (1949-07-03) 3 Julai 1949 (umur 74)
PekerjaanPengarah filem, pengkritik filem, pelakon
Tahun aktif1979–kini
PasanganMizuho Fukuda
Anak-anakEugene Harada

Kehidupan awal sunting

Harada dilahirkan di Numazu, Shizuoka dan lulusan dari Sekolah Tinggi Higashi. Pada 1972 beliau pergi ke London untuk belajar bahasa Inggeris. Beliau kemudiannya belajar di Kolej Fotografi Tokyo dan Universiti Pepperdine, di mana beliau menghabiskan beberapa tahun berlatih sebagai pembuat filem. Beliau berkahwin dengan wartawan Mizuho Fukuda pada 1976.[1]

Kerjaya sunting

Harada membuat debut pengarahannya pada 1979. Beliau bekerjasama dan mempamerkan karyanya di Eropah dan AS dan bekerja sebagai penterjemah sarikata Inggeris ke Jepun untuk beberapa filem Amerika Syarikat yang ditayangkan di Jepun.[

Sebagai seorang pelakon, beliau muncul dalam karya Edward Zwick The Last Samurai pada 2003.[2] dan karya Ronny Yu Fearless pada 2006.

Gaya dan pengaruh sunting

Dalam temu bual 2001, Harada menyatakan bahawa Howard Hawks adalah mentornya.[3]

Filemografi sunting

Pengarah sunting

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "MASATO HARADA" (dalam bahasa Inggeris). San Sebastian Festival. 2008. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  2. ^ Schager, Nick (4 Disember 2003). "The Last Samurai - Film Review" (dalam bahasa Inggeris). Slant Magazine.
  3. ^ Gatto, Robin (15 Ogos 2001). "Midnight Eye interview: Masato Harada". Midnight Eye (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "岡田准一がヤクザ組織に潜入、原田眞人の監督作「ヘルドッグス」来秋公開". Natalie. Dicapai pada December 1, 2021.
  5. ^ "BAD LANDS バッド・ランズ". eiga.com. Dicapai pada May 30, 2023.

Pautan luar sunting