Masjid Al-Muhajirin, Felcra Nasaruddin (Belia)


Masjid Al-muhajirin Felcra Nasaruddin (Belia) ialah sebuah masjid terletak di dalam Felcra Nasaruddin (Belia) KM37, Jalan Tronoh, Bota, Perak.Dibina bagi memudahkan para peserta untuk mendirikan solat lima waktu dan solat Jumaat supaya tidak perlu untuk pergi ke Masjid Bota Kanan setiap minggu.

Masjid Al-muhajirin Felcra Nasaruddin (Belia)
مسجد المهاجرين فيلكرا نصر الدين (بليا)
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka padaSeptember 2008
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamUst. Jaafar bin Desa (Imam Besar)
PengerusiEn. Mohd Salehin bin Asmud
Dimiliki olehNo Daftar: 0809124
Maklumat geografi
Negara Malaysia
NegeriPerak Darul Ridzuan
DaerahBota
LokasiMasjid Al-muhajirin Felcra Nasaruddin (Belia)
32600 Bota
Perak
Koordinat4°19′23.6028″N 100°56′56.904″E / 4.323223000°N 100.94914000°E / 4.323223000; 100.94914000Koordinat: 4°19′23.6028″N 100°56′56.904″E / 4.323223000°N 100.94914000°E / 4.323223000; 100.94914000
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaBercirikan rekaan Islam dan tradisional Melayu
Bil. kubah1
Bil. menara1
Kapasiti jemaah600 (jika koridor kiri dan kanan diguna)
PemajuFELCRA Berhad
Bahan binaanSimen
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

FELCRA Berhad telah siap sedia membina sebuah surau untuk menampung kemasukan peserta Belia peringkat 2, 3 dan 4 seramai 183 orang pada 15hb Ogos 1981.Surau ini di bina berhampiran asrama peserta peringkat 2, 3 dan 4 bagi kemudahan peserta mendirikan solat lima waktu dan aktiviti keagamaan.

Ahli JawatanKuasa Rancangan dan FELCRA Berhad bersetuju melantik En. Jaafar Bin Desa sebagai Imam pertama mengetuai peserta mengadakan aktiviti keagamaan.Peserta peringkat 1 juga mula berpindah ke rumah perkampungan FELCRA Nasaruddin(Belia) maka semakin bertambah bilangan penduduk FELCRA Nasaruddin (Belia) pada waktu itu.

Pengurusan FELCRA Nasaruddin (Belia) mengambil insiatif bagi melancarkan perjalanan pengurusan surau.Lantikan Ahli JawatanKuasa Rancangan bersetuju melantik Pengerusi Surau kepada En. Hamdan Bin Mohd Fauzi beserta Ahli JawatanKuasa.Pengurusan FELCRA Berhad berusaha memohon supaya surau ini dibenarkan mendirikan solat jumaat melalui Jabatan Agama Islam Perak.Peserta peringkat 2, 3 dan 4 serta peringkat 1 terpaksa mendirikan solat jumaat ke Masjid Bota Kanan yang jauhnya hampir 15km setiap minggu.

Sebelum masjid ini siap sepenuhnya, berlakunya musibah menimpa perkampungan FELCRA Nasaruddin Belia.Angin ribut yang sangat kuat menyebabkan banyak kerosakan di setiap rumah kediaman Ahli Qariah dan tidak terkecuali juga Masjid AI-Muhajirin.Bahagian Kubah masjid sedikit teralih dari tempat asal, bumbung hadapan masjid tersingkap keluar beserta syiling luar kawasan masjid.FELCRA Berhad mengambil insiatif segera untuk membaikpulih semula dengan anggaran kos RM 200,000.00 bagi menyiapkan masjid ini mengikut jadual.

Sesudahnya masjid ini Ahli Qariah terus berpindah ke Masjid AL-Muhajirin yang baru, kerana masjid lama juga rosak teruk di landa ribut yang sama.Maka bermulalah Ahli Qariah mendirikan solat 5 waktu dan mendirikan solat jumaat pada september 2008.

Pada tahun 1983 kelulusan mendirikan solat jumaat telah diluluskan dan surau ini di tukar kepada nama masjid iaitu Masjid Al-Muhajirin. Aktiviti masjid semakin bertambah dengan majlis ilmu dan solat jamaah setiap waktu.Pada tahun 2006 Ahli JawatanKuasa Kemajuan Rancangan mohon supaya membina sebuah masjid baru yang lebih besar dan ditempatkan di tapak yang lebih strategik, bagi kemudahan ahli qariah juga tetamu yang hadir di perkampungan ini.

Pada tahun 2007 bermulalah pembinaan masjid baru yang mendapat pembiayaan sepenuhnya dari kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun Ahli JawatanKuasa masjid mengambil insiatif mengumpul dana tambahan bagi mengumpul dana tambahan bagi menampung kekurangan dan tambahan melalui kutipan infak binaan masjid baru. Masjid tersebut disempurnakan oleh Timbalan Mufti Perak, Tuan Haji Zamri Hashim.[1]

Alamat sunting

Masjid Al-muhajirin Felcra Nasaruddin (Belia)
KM37, Jalan Tronoh
Bota, Perak

Rujukan sunting