Masjid Al-Mukmin merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Batu 3 Jalan Pahang 35000 Tapah Perak.[1]

Masjid Al-Mukmin
[ Sila klik untuk melihat gambar masjid di Peta Google]
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamTaufit Bin Mohd Yusoff 2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-08-TPH-00466
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPerak Darul Ridzuan
LokasiMasjid Al-Mukmin, Kampung Batu 3
Jalan Pahang
35000 Tapah
Perak
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Al-Mukmin

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid Al-Mukmin,
Kampung Batu 3
Jalan Pahang
35000 Tapah
Perak

Sejarah sunting

Masjid Al-Mukmin digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu

Masjid Al-Mukmin Kampung Batu 3, Jalan Pahang, telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 26 Jun 2016. Masjid Al Mukmin memulakan pembinaan pada Julai 2004 dan siap dibina pada Disember 2006 dengan kos sebanyak RM1.7 juta. Sebanyak RM1.2 juta daripada kos adalah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan manakala baki RM500,000 adalah hasil sumbangan yang dikumpul pihak masjid.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan, dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sebelum ini penduduk setempat hanya menggunakan surau untuk membolehkan penduduk menunaikan solat Jumaat. Bagaimanapun perkembangan sejak tertubuhnya kem tentera, perumahan guru dan Sekolah Menengah Sains Tapah jemaah semakin bertambah. Kerana itu masjid ini telah dibina dan ia mampu menampung sehingga 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.[2]

Pentadbiran sunting

Imam 1 yang bertugas di Masjid Al-Mukmin adalah Taufit Bin Mohd Yusoff. Masjid Al-Mukmin memiliki No Daftar: MY-08-TPH-00466.

Rujukan sunting

  1. ^ "Masjid Al-Mukmin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 2018-09-28.
  2. ^ Sultan Nazrin rasmikan Masjid Al-Mukmin Tapah.

Pautan luar sunting