Buka menu utama

Masjid Daerah Sandakan merupakan salah sebuah masjid yang terletak di Sandakan, Sabah. Dibina pada tahun 1985 dan siap pada tahun 1989, ia adalah masjid utama bagi daerah Sandakan. Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1990.[1] Ia berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Majlis Daerah Sandakan ini mula dibina dengan hasrat dan tujuan untuk memberikan kemudahan, khususnya umat islam di sekitar Sandakan untuk menjalankan amal ibadat mereka seperti sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat, sembahyang Hari Raya Aidil Fitri, sembahyang Hari Raya Aidil Adha dan juga kegiatan-kegiatan keagamaan yang lain.

Masjid Daerah Sandakan
Masjid Daerah Sandakan
Masjid Besar Sim-Sim
Sandakan Sabah Sim-Sim-CityMosque-02.jpg
Info asas
LokasiSandakan
Koordinat geografi5°50′46.5″N 118°7′44.77″E / 5.846250°N 118.1291028°E / 5.846250; 118.1291028Koordinat: 5°50′46.5″N 118°7′44.77″E / 5.846250°N 118.1291028°E / 5.846250; 118.1291028
AgamaShafi'i
DaerahSandakan
NegeriSabah
NegaraMalaysia
Penerangan seni bina
ArkitekDato Baharuddin Kassim
Gaya seni binaIslamik, Moden
Disiapkan pada1989
Spesifikasi
Bil. kubah2
Bil. menara masjid1
Masjid Daerah Sandakan (pemandangan dari sisi hadapan.)

Dengan terbinanya masjid ini, sekaligus merupakan petanda yang baik kerana masjid adalah tempat dan penyatuan masyarakat Islam dalam segala hal kehidupan sama ada yang berkaitan dengan perkara duniawi mahupun ukhrawi.

Pada tahun 2016, masjid itu dikunjungi oleh Putera Mahkota Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. [2]

RujukanSunting

  1. ^ "Masjid Besar Sandakan (Sandakan Grand Mosque)". Islamic Tourism Centre of Malaysia. Dicapai 3 October 2016. 
  2. ^ "Raja Muda Perlis dalam rangka lawatan kerja ke Sabah" (dalam bahasa Malay). New Sabah Times. 16 June 2016. Diarkibkan daripada asal pada 3 October 2016. Dicapai 3 October 2016. 

Pautan luarSunting