Masjid Jamae
Masjid Jamae ialah sebuah masjid di Singapura. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Chulia atau Masjid Maideen di kalangan komuniti India Muslim di Singapura. Masjid ini menarik kerana didirikan di sebuah kawasan yang pada masa pembinaan dihuni oleh majoriti penduduk Cina. Masjid yang terletak berdekatan dengan Kuil Sri Mariamman ini merupakan mercu tanda unik di kawasan Chinatown.
مسجد جاماي Masjid Jamae (Chulia) ஜாமியா (சூலியா) பள்ளிவாசல் Zhān Měi Huí Jiào Táng | |
---|---|
Masjid dengan menara bentuk oktagon | |
Maklumat geografi | |
Lokasi | 218 South Bridge Road Singapura 058767 |
Koordinat | 1°17′00″N 103°50′43″E / 1.283238°N 103.8453661°EKoordinat: 1°17′00″N 103°50′43″E / 1.283238°N 103.8453661°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. menara | 2 |
Lokasi | |
sunting ![]() |
Sejarah
suntingBerbeza dengan bangunan-bangunan agama kurun ke-19 di Singapura, Masjid Jamae tidak pernah dibina semula. Dibina pada tahun 1826, Masjid Jamae merupakan masjid pertama yang didirikan oleh masyarakat Chulia, sebuah komuniti Tamil Islam dari Pantai Coromandel di selatan India. Masyarakat Chulia datang ke Singapura dan bekerja sebagai pedagang dan pengurup wang. Masyarakat ini juga berjaya mendirikan dua buah masjid yang lain: Masjid Al-Abrar dan Nagore Durgha, kedua-duanya terletak di Telok Ayer Street.
Seni bina
suntingDigelar sebagai salah satu masjid tertua di Singapura, Masjid Jamae mempunyai unsur seni bina yang dipengaruhi arkitektur Timur dan Barat. Pintu masuk masjid mempunyai ciri seni bina India Muslim sementara ruang ṣolat dipenuhi tiang-tiang neoklasik Yunani Doric. Tingkap yang berjubin batu hijau pula menunjukkan pengaruh Cina.
Masjid Jamae diwartakan sebagai monumen nasional Singapura pada tahun 29 November 1974.
Rujukan
sunting- Lembaga Warisan Negara (2002). Singapore's 100 Historic Place. Archipelago Press. ISBN 981-4068-23-3.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Masjid Jamae. |