Masjid Kuala Linggi

Masjid Kuala Linggi merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 51.2, Kuala Linggi, 78200 Kuala Linggi, Melaka.[1]

Masjid Kuala Linggi
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada1930
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHj Nazarudin Bin Sarbini 2017 (Imam Besar)
Hj Abdul Bin Othman 2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00035
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahAlor Gajah, Melaka
LokasiMasjid Kuala Linggi,
Km. 51.2,
Kuala Linggi,
78200 Kuala Linggi,
Melaka
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Kuala Linggi

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid Kuala Linggi,
Km. 51.2,
Kuala Linggi,
78200 Kuala Linggi,
Melaka

Sejarah sunting

Masjid Kuala Linggi ini telah ditubuhkan pada 1930 oleh penduduk awal kampung ini . Masjid ini telah didirikan diatas tanah wakaf. Dengan cara gotong royung dan bantuan kerajaan negeri. Masjid ini juga telah dibuat tambahan untuk pembesarkan kerana pertambahan penduduknya atau kariahnya yang bertambah.

Pada keseluruhannya tiang bangunan masjid ini menggunakan kayu jati yang diangkut dari Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan. Iaitu kawasan Negeri Melaka yang terletak di Negeri Sembilan. Dinding masjid digunakan batu bata merah kerana ia tahan untuk jangka masa yang panjang dan kini masjid kelihatan seperti masjid yang baru dibina berdasarkan keseluruhan masjid tersebut sentiasa dijaga dengan baik.

Kehadiran penduduk kariah dan orang luar yang datang ke masjid semakin bertambah disebabkan dengan wujudnya Komplek LKIM yang telah beroperasi, bangunan masjid ini telah dibesarkan dengan sumbangan anak kariah dan peruntukan kerajaan.

Masjid ini mula dibina pada tahun 1930 kemudian diperbaharui semula pembinaannya pada tahun 1960 daripada derma orang ramai dan bantuan kerajaan.


Pentadbiran sunting

Masjid Kuala Linggi merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka. Masjid Kuala Linggi memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-AG-00035.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting