Masjid Nur Iman merupakan masjid yang terletak di Taman Damar dan Kesedar Jaya di bandar baru Gua Musang.

Masjid Nur Iman
مسجد نور إيمان
Fail:Masjid nur iman
Maklumat am
Dibuka pada1985
StatusDibuka
Maklumat pentadbiran
Imamhj Lah (Imam Besar)
Bilalunknown
Pengerusiunknown
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaIslam, moden
Bil. tingkat1
Bil. menara1
Kapasiti jemaah300
Bahan binaanBatu bata

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Masjid ini pada asalnya merupakan sebuah surau yang terletak di Taman Damar, Setelah Taman Kesedar Jaya dibina di sebelahnya, penduduk di kedua-dua taman perumahan ini berkongsi surau yang sama untuk kegunaan ibadat. Surau ini telah beberapa kali mengalami proses pembesaran memandangkan jemaah dari kedua-dua taman perumahan yang semakin ramai, lebih-lebih lagi setelah siapnya Taman Kesedar Jaya.

Pada tahun 2019, satu projek sedang dilakukan untuk membina masjid yang baharu di tapak lain di Taman Kesedar Jaya memandangkan surau yang lama tidak lagi mampu menampung jemaah yang begitu ramai; lebih-lebih lagi semasa solat terawih dan solat hari raya (solat hari raya mula dilaksanakan mulai tahun 2019). Selain itu, para penduduk juga tidak perlu ke Masjid Tengku Muhamad Faiz Petra lagi untuk solat jumaat.

Pada 26 September 2022, sebuah masjid baharu yang diberi nama Masjid Muhammad Al-Fateh dirasmikan di Taman Kesedar Jaya. Maka, timbullah cadangan dari pihak jemaah untuk menutup masjid yang lama ataupun mengubah bangunan lama tersebut kepada fungsi lain seperti pusat pengajian Al-Quran dan sebagainya. Namun, setelah melalui proses perbincangan dengan pihak MAIK, masjid lama akhirnya disaran untuk terus beroperasi seperti sediakala dan ia masih dikekalkan fungsinya hingga ke hari ini.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.