Masjid Pekan Darat

Masjid Pekan Darat merupakan sebuah masjid di daerah Butterworth, Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

Sehingga kini masjid ini telah melalui pengubahsuaian sebanyak tiga kali di mana muka depan dan struktur kini sama sekali berlainan dengan yang asal. Antara struktur asal ialah 2 unit balai atau pelantar kayu setinggi 4 kaki tinggi berasingan dengan struktur utama yang digunakan untuk penyediaan makanan serta lain-lain aktiviti bercorak keagamaan. Pelantar ini sewaktu bulan puasa akan dihidangkan dengan pelbagai jamuan moreh.[perlu rujukan]