Sila baca maklumat yang tertera di bawah sebelum memuat naik sebarang bahan media.

Langkah-langkah untuk memuat naik bahan media ke dalam Wikipedia:

  1. Sebahagian besar imej dan fail multimedia yang ditemui di Internet tidak sesuai untuk Wikipedia. Wikipedia merupakan projek ensiklopedia bebas, jadi sebarang media yang ingin dimuatnaik haruslah bebas. Jika tidak, fail tersebut berhakcipta dan hanya boleh dimuat naik untuk kegunaan wajar jika mematuhi kriteria kandungan tidak bebas.
  2. Pilih nama fail yang lebih terperinci. Sebagai contoh, nama fail seperti "kucing.jpg" tidak berapa sesuai kerana perkataan tersebut terlalu umum, sebaliknya gunalah nama seperti "kucing siam tidur.jpg" kerana ia lebih jelas.
  3. Sediakan selengkapnya maklumat fail yang anda ingin muat naik. Dari mana fail tersebut datang? Siapakah yang menciptanya? Adakah ia sebuah imej atau klip video? Jika fail tersebut adalah bahan media yang berhakcipta, bagaimanakah ia dapat memenuhi kriteria media tidak bebas? Jangan mengakui karya orang lain sebagai kaya sendiri.
  4. Sediakan maklumat berkenaan hak cipta fail terbabit, anda boleh pilih melalui menu lesen di bawah. Pastikan anda menyediakan rasional kegunaan wajar jika memuatnaik kandungan tidak bebas.
  5. Klik muat naik fail, dan letakkan fail yang anda muat naik ke dalam rencana.

Untuk maklumat lanjut, lihat dasar penggunaan imej, bantuan gambar dan media dan teg hak cipta fail.

Jika anda mahu memuat naik fail di bawah lesen bebas (bukan kegunaan wajar), sila muat naiknya ke Wikimedia Commons di mana ia boleh digunakan oleh semua projek.
Jangan muat naik imej yang mempunyai hak cipta atau tiada sumber.Ia akan dipadam.
(Untuk pengecualian, lihat Wikipedia:Kriteria kandungan tidak bebas.)