Mencuri Raden Saleh

filem Indonesia

Mencuri Raden Saleh ialah sebuah filem aksi rompakan jenayah 2022 arahan Angga Dwimas Sasongko dan ditulis oleh Angga sendiri dan Husein M. Atmodjo. Filem ini menampilkan pelakon muda yang berbakat, terdiri daripada Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Rachel Amanda, Umay Shahab, Aghniny Haque dan Ari Irham. Filem ini mengisahkan tentang kumpulan yang merancang rompakan lukisan Penangkapan Pangeran Diponegoro oleh artis Indonesia Raden Saleh.

Mencuri Raden Saleh
PengarahAngga Dwimas Sasongko
Penulis
  • Angga Dwimas Sasongko
  • Husein M. Atmodjo
Dihasilkan oleh
  • Cristian Imanuell
  • Angga Dwimas Sasongko (eksekutif)
  • Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiBagoes Tresna Aji
Disunting olehHendra Adhi Susanto
Muzik olehAbel Huray
Syarikat
penerbitan
  • Visinema Pictures
  • Jagartha
Diedarkan olehAstro Shaw (Malaysia)
Blibli (Indonesia)
Tarikh tayangan
  • 25 Ogos 2022 (2022-08-25) (Indonesia)
  • 22 September 2022 (2022-09-22) (Malaysia)
Masa tayangan
154 minit
NegaraIndonesia
BahasaIndonesia
BajetRp2 juta (RM602 ribu)[1]

Filem ini ditayangkan di pawagam Indonesia pada 25 Ogos 2022 manakala di Malaysia, filem ini ditayangkan pada 22 September 2022 edaran Astro Shaw. Rata-rata filem ini mendapat pujian kerana mengubah stigma sinema Indonesia serta memberi nafas baharu pelakon-pelakon muda yang berbakat kerana sanggup mengambil risiko besar.

Pelakon sunting

  • Iqbaal Ramadhan sebagai Piko Subiakto "Pemalsu"
  • Angga Yunanda sebagai Yusuf Hamdan / Ucup "Penggodam"
  • Aghniny Haque sebagai Sarah "Pengejam"
  • Rachel Amanda sebagai Fella "Perunding"
  • Umay Shahab sebagai Gofar "Tukang"
  • Ari Irham sebagai Tuktuk "Pemandu"
  • Tio Pakusadewo sebagai Permadi, bekas Presiden
  • Dwi Sasono sebagai Budiman Subiakto, bapa Piko
  • Atiqah Hasiholan sebagai Dini, kurator Galeri Nasional.
  • Ganindra Bimo sebagai Arman
  • Andrea Dian sebagai Sita
  • Muhammad Khan sebagai Rama, anak Permandi
  • Reza Hilman sebagai Reza, tetamu parti
  • Joshua Pandelaki sebagai Marwan, ayah Gofar and Tuktuk
  • Ratna Riantiarno sebagai nenek Sarah
  • Jenny Zhang sebagai ibu Fella
  • Tegar Satrya sebagai Gito

Produski sunting

Idea Mencuri Raden Saleh tercetus oleh Angga, Ketua Pegawai Eksekutif Visinema selepas minatnya terhadap lukisan dan karya pelukis Indonesia Raden Saleh.[2] Filem itu pertama kali diumumkan semasa sidang media maya Visinema Pictures pada 18 November 2020, bersama-sama dengan projek-projek yang seterusnya.[3]

Pada Jun 2021, Ramadhan, Yunanda, Haque, Amanda, Shahab dan Irham diumumkan untuk membintangi filem ini.[4] Pada Mei 2022, Visinema Pictures mendedahkan teaser pertama filem itu.[5]

Penggambaran bermula pada 23 Oktober 2021 di Jakarta, Surabaya, Malang dan Pasuruan.[6]

Pada 2022, hasil kerjasama Astro Shaw dan Visenema menyaksikan Astro Shaw sebagai penerbit bersama filem ini dalam satu kerjasama penghasilan filem antarabangsa.[7]

Pengeluaran sunting

Mencuri Raden Saleh telah ditayangkan di pawagam Indonesia pada 25 Ogos 2022.[8] Filem ini turut ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022 dengan Astro Shaw sebagai pengedar rasmi.[9][10]

Filem itu memperoleh 2.3 juta tontonan semasa tayangan pawagam dan ia menjadi filem Indonesia ketujuh tertinggi pada 2022 setakat 27 Oktober.[11]

Reaksi sunting

Di Malaysia, filem ini mendapat pujian positif dari segi risiko yang diambil oleh pengarah serta mengubah stigma sinema Indonesia. Padin menulis untuk Xtra mengatakan hanya dua patah perkataan setelah keluar dari pawagam. Beliau juga memuji putar belit yang dihidangkan dalam filem ini menyebabkan penonton mudah 'tertipu' dengan penceritaan filem ini. Beliau memberikan rating sebanyak 4.5/5 bintang.[12]

Getaran pula memberikan rating sebanyak 4 Getar kerana filem ini mampu memberikan banyak pengajaran terhadap penonton. Wafa Aula menulis,

Jika penonton perhalusi, filem ini sebenarnya menunjukkan anak muda yang disangka tiada tujuan hidup dan miskin boleh melakukan rompakan. Mereka merompak kembali lukisan yang dirompak oleh presiden mereka. Dari lukisan anti-kolonial Raden Saleh tahun 1857 kepada semangat anti-korupsi presiden mereka.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ Ismail (27 August 2022). "6 Fakta Film Mencuri Raden Saleh, Biaya Produksi Habiskan Rp2 Miliar" [6 facts of Stealing Raden Saleh, the production costs 2 billion rupiah]. Suara. Dicapai pada 27 October 2022.
  2. ^ Fakhruddin, Muhammad (16 December 2021). "Butuh 4 Tahun untuk Wujudkan Film Mencuri Raden Saleh" [It took four years to realize Stealing Raden Saleh]. Republika. Dicapai pada 28 October 2022.
  3. ^ Awaliyah, Gumanti (19 November 2020). Azizah, Nora (penyunting). "Visinema Janjikan Rilis 5 Film, Salah Satunya Animasi Nussa" [Visinema promises to release 5 films, including animated film Nussa]. Republika. Dicapai pada 28 October 2022.
  4. ^ Saputra, Yoga (16 June 2021). "Mencuri Raden Saleh, Film Terbaru yang Ditunggu-Tunggu dari Visinema" [Stealing Raden Saleh, Visinema's most anticipated film]. Indie Market News. Dicapai pada 28 October 2022.
  5. ^ Firdaus, Arif (31 May 2022). "Film 'Mencuri Raden Saleh' Rilis First Look nya!" [Stealing Raden Saleh reveals its first look]. Cineverse. Dicapai pada 28 October 2022.
  6. ^ Pramesti, Tiara Harum (27 November 2021). "Syuting Mencuri Raden Saleh, Pindah Lokasi Jakarta Hingga Jawa Timur" [The shooting of Stealing Raden Saleh moves from Jakarta to East Java]. Dicapai pada 28 October 2022.
  7. ^ Hadi, Raihan (16 Februari 2022). "Astro Shaw & Visinema Pictures join forces to produce a slate of regional blockbusters". Marketing Magazine. Dicapai pada 18 Disember 2023.
  8. ^ Mario, Vincentius (25 August 2022). Kistyarini (penyunting). "Stealing Raden Saleh was released to nationwide cinema today". Kompas. Dicapai pada 28 October 2022.
  9. ^ Permatasari, Dwi Lindah (19 September 2022). "Film Mencuri Raden Saleh Akan Tayang di Malaysia, September 2022: Siap-Siap Giliran Kalian" [Stealing Raden Saleh is set to screen in Malaysia, September 2022: "Now it's your turn"]. Jatim Network. Dicapai pada 28 October 2022.
  10. ^ Zulkifle, Shahrin (15 September 2022). "Jalan Cerita Yang Fresh! Ini 5 Sebab Perlu Tonton Mencuri Raden Saleh Di Pawagam". Astro Gempak. Dicapai pada 18 Disember 2023.
  11. ^ "Data penonton tahun 2022" [Moviegoers data in 2022]. filmindonesia.or.id. Dicapai pada 28 October 2022.
  12. ^ Padin (2022-09-29). "Garapan Kemas Mencuri Raden Saleh". XTRA. Dicapai pada 2024-01-15.
  13. ^ Wafa Aula (2022-09-22). Getaran Yang Malaysia Boleh Belajar dari Mencuri Raden Saleh? https://www.getaran.my/artikel/filem-tv/31396/apa-yang-malaysia-boleh-belajar-dari-mencuri-raden-saleh=title=Apa Yang Malaysia Boleh Belajar dari Mencuri Raden Saleh? Check |url= value (bantuan). Dicapai pada 2024-01-15. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar sunting