Mendaki adalah merupakan sejenis aktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan, diatas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail dakian. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun. Aktiviti mendaki dilakukan secara aktiviti luaran, namun ada juga dilakukan secara dalaman misalnya mendaki di dalam gua besar yang beruangan besar, curam, berbatu-batuan dan berstruktur tinggi. Mendaki cukup popular di dunia Kategori:Organisasi mendaki. Nilai kebaikan kesihatan dari aktiviti mendaki adalah berbagai bergantung kepada jenis dakian yang dijalankan, ada pendaki yang boleh menerima kesan positif ketika dan sesudah melakukan aktiviti dakian, namun ada juga mendapat kesan negetif.[1]

Gunung Everest sangat popular untuk pendakian

Terma berkaitan sunting

 
Laluan Trail Appalachian meyediakan peluang untuk 3,500-kilometer (2,200 bt)-dakian jangka panjang.[2]

Di Amerika Syarikat dan United Kingdom, mendaki merujuk kepada aktiviti luaran yang memerlukan pendaki (orang yang melakukan aktiviti mendaki) berjalan di trail luar untuk tujuan rekreasi persekitaran.[3] Dakian hari merujuk kepada aktiviti dakian yang berjaya dilangsaikan dalam tempoh hanya satu hari sahaja, tanpa memerlukan pendaki tidur malam dalam trail dakian atau membina kem bermalam. Dakian multi-hari merujuk kepada aktiviti dakian berkemah untuk pendaki tegar.[3] Di United Kingdom mendaki selalunya dipanggil rambling, dimana perkataan ini berasal dari sebuah organisasi khidmat dakian yang bernama Ramblers. Bushwhacking secara spesifik merujuk kepada perjalanan sukar mengharungi hutan, belukar atau semak samun tebal, juga merujuk kepada aktiviti dakian ditanah pertanian padat seperti mendaki di ladang teh bukit yang tebal dan seluas mata memandang. Dalam kes-kes ekstrim, bushwhacking dimana vegetasi yang begitu padat dapat menyukarkan pendaki untuk mendaki dengan mudah, lalu golok digunakan untuk membersihkan sesuatu trail dakian itu. Di Australia, mereka menggunakan terma bushwalking untuk merujuk kepada dakian trail yang sukar atau pun suka-suka. Berjalan atau berjalan di semak. Dakian multi-hari banyak dilakukan di wilayah pergunungan utama dunia seperti di India Utara, Nepal (Banjaran Himalaya), Amerika Utara, Amerika Selatan, dan beberapa banjaran pergunungan utama di Afrika Timur, aktiviti mereka dikenali sebagai trekking; kaum Belanda juga merujuk mendaki sebagai trekking juga. Mendaki di trail dakian panjang dari akhir kepada akhir juga merujuk kepada trekking dan juga thru-hiking pada sesetengah tempat.[4] Contoh-contoh Trail dakian panjang termasuklah Appalachian Trail (AT) dan Long Trail

Trail sunting

Rujukan sunting

  1. ^ McKinney, John (2009-03-22). "For Good Health: Take a Hike!". Miller-McCune.
  2. ^ Gailey, Chris (2006). "Appalachian Trail FAQs". Outdoors.org. Dicapai pada 2010-01-19.
  3. ^ a b Keller, Kirtika T. (2007). Hiking. Capstone Press. ISBN 0736809163. line feed character in |first= at position 8 (bantuan)
  4. ^ Mueser, Roland (1997). Long-Distance Hiking: Lessons from the Appalachian Trail. McGraw-Hill. ISBN 0070444587.

Pautan luar sunting