Mengumpat adalah salah satu perbuatan tidak bermoral di mana seseorang memberitahu sesuatu keburukan atau aib kepada orang lain tanpa pengetahuan orang yang dimaksudkan itu.

Balasan Orang-orang Yang Mengumpat sunting

Tahukah anda apakah balasan yang disediakan ke atas orang yang mengumpat. Lihat surah Al Hujurat ayat 12[1] Diarkibkan 2007-03-10 di Wayback Machine bagaimana Allah melarang perbuatan mengumpat dan mengumpamakan mereka dengan memakan daging saudara mereka sendiri. Walaupun nama orang yang diumpat tidak disebut tetapi orang yang mendengar tahu pelakunya, ia juga dikira sebagai mengumpat.

Mengumpat Orang Zalim sunting

Bolehkah seseorang mengumpat orang-orang yang menzalimi orang lain.

Sila lihat dalam surah An Nisa 148[2] Diarkibkan 2007-03-10 di Wayback Machine bagaimana Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Iaitu kalau kita dizalimi kita boleh mengadukan hal itu kepada pihak yang bertanggungjawab walaupun kita pada zahirnya melakukan perbuatan mengumpat tetapi ia dibenarkan oleh Islam.

Menjauhkan diri daripada mengumpat sunting

Bagaimanakah caranya kita nak menjauhkan diri kita daripada perbuatan mengumpat jika sekiranya kita telah mengetahui betapa besarnya dosa dan balasan orang yang mengumpat.

Sila lihat surah Al Hujurat 12[3] Diarkibkan 2007-03-10 di Wayback Machine bagaimana kalau seseorang itu tahu apabila dia mengumpat saudaranya maka seolah-olahnya dia sedang memakan daging saudaranya sendiri sudah tentu itu akan dapat menjauhkan dirinya daripada mengumpat.

Perumpamaan Mengumpat sunting

Perumpamaan mengumpat adalah sama seperti makan daging manusia[4] Diarkibkan 2007-03-10 di Wayback Machine.