Meriam kereta kebal

Meriam kereta kebal adalah senjata utama sesebuah kereta kebal. Meriam kereta kebal moden merupakan meriam halaju tinggi yang berkaliber besar, mampu menembak peluru tenaga kinetik, kepala peledak anti-kereta kebal berkuasa tinggi, dan peluru berpandu lancaran meriam. Meriam anti-pesawat juga boleh dipasang pada kereta kebal.

Meriam L30 pada kereta kebal Challenger 2 Royal Scots Dragoon Guards.

Sebagai senjata utama kereta kebal, ia hampir selalu digunakan dalam mod tembakan langsung untuk mengalahkan pelbagai sasaran darat di semua jarak, termasuk infantri yang bersembunyi, kereta perisai ringan, dan terutamanya kereta kebal berperisai berat yang lain. Ia mesti memberi ketepatan, jarak, penerobosan, dan tembakan pantas didalam satu pakej yang padat dan ringan, untuk membolehkan pemasangan pada ruang sempit turet meriam. Meriam kereta kebal biasanya menggunakan amunisi yang serba lengkap, memastikan pengisian pantas (atau penggunaan autoloader). Ia biasa menampilkan satu bonjolan pada bahagian tengah laras meriam, iaitu pengosong bor, atau alat pada muncung meriam, iaitu brek muzzle.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting