Merpati hias
Merpati hias adalah merujuk kepada kepelbagaian baka yang dibiakkan berdasarkan baka burung Pergam Batu (Columba livia). Ia dibiakkan oleh peminat burung merpati untuk menghasilkan kepelbagaian ciri-ciri yang diinginkan seperti saiz, bentuk, warna and kelakuan.[1] Pembiak baka merpati hias biasanya mempamerkan burung-burung mereka di pertandingan atau pesta burung merpati selain pameran binatang ternakan.[2]
Terdapat lebih daripada 300 jenis baka merpati hias terdapat di seluruh dunia pada masa sekarang.
Pameran merpati sunting
Pembiak merpati hias dari pelbagai negara mempamerkan burung-burung mereka di peringkat daerah, negeri dan negara dan bertanding antara satu sama lain bagi merebut hadiah.[1] Sebuah pameran biasa di Australia mempunyai beratus-ratus merpati yang dipertandingkan dan menawarkan hadiah bagi pemenang.[3]
Beberapa peminat telah mengadakan pameran hanya untuk merpati hias sahaja; salah satunya yang diadakan pada setiap tahun di Blackpool, England yang dianjurkan oleh Persatuan Merpati Pos Diraja telah dikunjungi oleh 25,000 orang pengunjung. Sejumlah £80,000 keuntungan yang diperolehi dari pameran ini telah didermakan kepada pertubuhan kebajikan.[4]
Pameran terbesar diadakan di Nuremberg, Jerman yang mana menjadi lokasi bagi Pameran Merpati Kebangsaan Jerman. Sejumlah lebih daripada 33,500 ekor merpati telah dipamerkan pada tahun 2006.[5]
Merpati hias dari baka terkenal sunting
Sistem penggelasan ini diterima pakai berdasarkan buku standard The Australian Fancy Pigeons.[6] Di mana pertimbangan diberikan kepada buku standard baru UK yang mana berdasarkan sistem kumpulan Jerman dan Eropah. Versi ini sedikit berbeza dari sistem kumpulan Eropah here Diarkibkan 2008-05-14 di Wayback Machine.
Bulu dan suara (baka Asia) sunting
- Ekor kipas atau merpati merak
- Merpati bulu balik
- Merpati Ais
- Jacobin
- Lahore
- Trumpeter
Warna sunting
Kebanyakan jenis ini berasal dari Jerman. Kepelbagaian jenis berdasarkan pemilihan warna dan tanda.
Bulu balik dan burung hantu sunting
Perkataan "Frill" atau "ropol" di sini merujuk akan ciri ropol yang terdapat pada bahagian dada merpati. Merpati di dalam kumpulan ini juga memiliki paruh pendek.
Merpati Homer dan Ayam betina sunting
Merpati Homing sunting
Kumpulan ini mengumpulkan baka-baka yang asalnya dibiakkan kerana keupayaan untuk pulang ke sarang. Ia termasuk jenis pameran merpati lumba.
Merpati ayam sunting
Merpati dalam kumpulan ini dikelaskan sebagai merpati ayam betina di sebabkan bentuk ekornya yang menyerupai ayam betina.
Pouter dan Cropper sunting
Kumpulan ini terdiri dari baka-baka yang dibiakkan kerana kemampuannya untuk mengembungkan temboloknya.
- Pouter Reversewing
- Pouter Inggeris
- Pouter Pomerania
- Pouter Brunner
- Pouter Gaditano
- Cropper Holle
- Cropper Norwich
- Pouter Pigmy
- Pouter
- Cropper Perissai Voorburg
Tumbler pameran sunting
Asalnya anggota di dalam kumpulan ini adalah baka-baka tumbler tetapi kini diperbaiki bagi digunakan untuk tujuan pameran atau kecantikan.
Tumbler dan Highflier sunting
Kumpulan ini memiliki dua kegunaan di sebabkan keupayaan aerobatik atau kesukanan dan juga digunakan dalam pertandingan lumba.
Daging sunting
Termasuk baka-baka asalnya yang dibangunkan untuk pengeluaran dagingnya (squab).
Lihat juga sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Merpati hias |
Rujukan sunting
- ^ a b Levi, Wendell (1977). The Pigeon. Sumter, South Carolina: Levi Publishing Co, Inc. ISBN 0853900132.
- ^ Blechman, Andrew (2007). Pigeons-The fascinating saga of the world's most revered and reviled bird. St Lucia, Queensland: University of Queensland Press. ISBN 9780702236419.
- ^ "Bird lovers flock to pigeon show" (Web article). Wauchope Gazette. Dicapai pada 2008-05-22.
- ^ "Fanciers flock to fund foundation". Bebden Bridge Times. Diarkibkan daripada yang asal (Web article) pada 2008-07-04. Dicapai pada 2008-05-24.
- ^ Child, Brad (2007). ""Pigeon Pals Tour" Part II". Purebred Pigeon (March/April 2007). m/s. 71, 72..
- ^ Seymour, Rev. Colin (Ed)(2006) Australian Fancy Pigeons National Book of Standards.