Messenger Kids merupakan sebuah aplikasi dan platform pesanan yang dikeluarkan oleh Facebook pada bulan Disember 2017.[1] Platform ini direka khas untuk golongan kanak-kanak sebagai alternatif yang lebih selamat daripada platform Facebook Messenger. Pengguna boleh mendaftar dengan mengisi nama depan dan belakang tanpa diminta maklumat nombor telefon. Pada mulanya, Messenger Kids telah dilancarkan untuk tablet iPad dengan sistem operasi iOS di Amerika Syarikat sahaja. Aplikasi tersebut telah dibangunkan ke dalam peranti IOS dan Android, yang kemudiannya dilancarkan ke Kanada, Peru, dan Mexico.[2] Kini, Messenger Kids telah diperluas kepada 70 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan lain-lain.[3] Aplikasi tersebut telah dilancarkan di negara Malaysia pada 23 April 2020 untuk peranti IOS dan diikuti oleh Android. Pelancaran aplikasi ini ke 70 buah negara bertujuan untuk memberi kanak-kanak pembelajaran dan kemudahan dari rumah berikutan dengan penularan pandemik Covid-19.[3] Aplikasi ini bukan sahaja dijadikan sebagai platform pesanan malah terdapat juga kandungan permainan dan pendidikan bagi kanak-kanak.[4][5]

Messenger Kids
Facebook Messenger Kids logo.png
PembangunFacebook
Keluaran pertama4 Disember 2017; 3 tahun yang lalu (2017-12-04)
Sistem pengendalianAndroid, iOS
Saiz27.30 MB Android
JenisMesej segera
LesenPerisian percuma
Tapak sesawangmessengerkids.com

Ibu bapa mempunyai hak pengawasan dan kawalan dengan syarat perlu mempunyai pengesahan identiti dan persetujuan kenalan. Messenger Kids tidak memaparkan pembelian atau iklan, serta tidak ada pengumpulan data untuk tujuan pengiklanan. Akaun anak-anak tidak dapat dilihat dalam carian di Facebook, dan akaun anak juga tidak akan berpindah secara automatik ke akaun Facebook penuh setelah anak berusia 13 tahun (umur minimum untuk pendaftaran Facebook). Oleh itu, aplikasi tersebut dilengkapi oleh penapis untuk keselamatan para pengguna terutamanya kanak-kanak.

Ciri-ciriSunting

Facebook telah membuat beberapa sokongan terhadap Messenger kids melalui fungsi Supervised Friending.[3] Fungsi ini membantu ibubapa atau penjaga memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk mengawal permintaan rakan pengguna.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Cheng, Loren (Disember 4, 2017). "Introducing Messenger Kids, a New App For Families to Connect". Facebook. Facebook. Dicapai pada 2020-05-16.
  2. ^ Perez, Sarah (Julai 19, 2018). "Messenger Kids launches in Mexico". Techcrunch. Dicapai pada 2020-05-17.
  3. ^ a b c d Amalina, Athman (2020-04-23). "Messenger Kids Ditawarkan Di Malaysia, Aplikasi Permesejan Khusus Untuk Kanak-Kanak". www.wiser.my. Dicapai pada 2020-05-17.
  4. ^ Nieva, Richard (Disember 4, 2017). "Facebook wants your child on its new Messenger Kids app". CNET. CBS Interactive. Dicapai pada 2020-05-17.
  5. ^ Constine, Josh (Disember 4, 2017). "Facebook 'Messenger Kids' lets under-13s chat with whom parents approve". TechCrunch. Oath Inc. Dicapai pada 2020-05-17.