Mack Sennett

(Dilencongkan dari Michael Sinnott)

Mack Sennett (lahir Michael Sinnott; 17 Januari 1880 – 5 November 1960) merupakan pelakon dan pengarah Amerika Syarikat kelahiran Kanada.[1] Beliau dikenali sebagai perintis kepada komedi slapstik dalam filem dan merupakan "Raja Komedi". Filem pendek beliau Wrestling Swordfish dianugerahkan Best Live Action Short Film pada tahun 1932 dan beliau menerima Anugerah Penghargaan Akademi pada tahun 1937.[2]

Mack Sennett
Kelahiran
Michael Sinnott

(1880-01-17)17 Januari 1880
Richmond, Quebec, Kanada
Meninggal duniaNovember 5, 1960(1960-11-05) (umur 80)
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip
Tahun aktif1908–1949
Mack Sennett Studios, c. 1917

Dengan bantuan kewangan dari Adam Kessel dan Charles O. Bauman, Michael "Mack" Sennett mengasaskan Keystone Studios di Edendale, California pada tahun 1912. Ramai pelakon dikeluarkan oleh Sennett termasuklah Marie Dressler, Mabel Normand, Charles Chaplin, Harry Langdon, Roscoe Arbuckle, Harold Lloyd, Raymond Griffith, Gloria Swanson, Ford Sterling, Andy Clyde, Chester Conklin, Polly Moran, Louise Fazenda, The Keystone Cops, Bing Crosby, dan W. C. Fields.

Pada tahun 1917, Sennett keluar dari Keystone dan menguruskan syarikatnya sendiri, Mack Sennett Comedies Corporation. Pada tahun 1920-an, filem-filem pendek beliau mendapat permintaan yang tinggi dengan menampilkan bintang-bintang seperti Billy Bevan, Andy Clyde, Harry Gribbon, Vernon Dent, Alice Day, Ralph Graves, Charlie Murray, dan Harry Langdon. Beliau turut menerbitkan filem cetera bersama pelakon-pelakon seperti Ben Turpin dan Mabel Normand.

Mack Sennett meninggal dunia pada 5 November 1960 di Woodland Hills, California, ketika berusia 80.

Rujukan sunting

  1. ^ "Give Citizenship to Mack Sennett". Dicapai pada 2010-04-23.
  2. ^ Academy Awards Database at Academy of Motion Picture Arts and Sciences

Bacaan tambahan sunting

  • Lahue, Kalton (1971); Mack Sennett's Keystone: The man, the myth and the comedies; New York: Barnes; ISBN 978-0-498-07461-5

Pautan luar sunting