Mimpi ngeri, (Jawi: ميمڤي ڠري) juga disebut sebagai mimpi buruk (ميمڤي بوروق),[1] alah mimpi yang tidak menyenangkan yang dapat menyebabkan tindak balas emosi yang kuat daripada minda, biasanya perasaan takut tetapi juga putus asa, kegelisahan dan kesedihan yang besar. Walau bagaimanapun, tatanama psikologi membezakan antara mimpi ngeri dan mimpi buruk, khususnya, orang tetap tertidur semasa mimpi buruk sedangkan mimpi ngeri menyedarkan individu tersebut. Selanjutnya, proses homeostasis psikologi menggunakan mimpi buruk untuk melindungi angin seseorang daripada kesan peningkatan tahap kegelisahan. Semasa tidur, mimpi ngeri menunjukkan kegagalan sistem homeostatik yang menggunakan mimpi buruk untuk memadamkan kegelisahan yang terkumpul sepanjang hari.[2] Mimpi itu mungkin mengandungi situasi ketidakselesaan, keganasan psikologi atau fizikal serta panik. Selepas mengalami sebuah mimpi ngeri, seseorang akan sering terbangun dalam keadaan tertekan dan mungkin tidak dapat kembali tidur dalam jangka waktu yang singkat.[3]

Mimpi ngeri
Museo del Prado - Goya - Caprichos - No. 43 - El sueño de la razon produce monstruos.jpg
El sueño de la razón produce monstruos (Francisco de Goya, sekitar 1797)
PakarPsikologi Psikiatri
SimptomTerbangun secara tiba-tiba selepas mimpi
PuncaTekanan atau Kegelisahan
Faktor risikoGangguan pola tidur dan mood harian

Mimpi ngeri boleh disebabkan oleh faktor fizikal seperti tidur dalam keadaan tidak selesa atau mengalami demam, atau penyebab psikologi seperti tekanan atau kegelisahan. Makan sebelum tidur, yang mencetuskan peningkatan metabolisme tubuh dan aktiviti otak, merupakan rangsangan yang berpotensi untuk mimpi ngeri.[4]

Mimpi buruk yang berulang mungkin memerlukan bantuan perubatan kerana ia boleh mengganggu pola tidur dan menyebabkan insomnia (kesusahan tidur).

Tanda dan gejalaSunting

Mereka yang mengalami mimpi ngeri akan ada gejala seperti jadual tidur yang tidak biasa dan itu hasil daripada mengalami mimpi ngeri pada waktu malam sangat serupa dengan orang yang mengalami insomnia. Perkara ini diduga disebabkan oleh bangun malam yang kerap dan takut akan tertidur.[5]

RujukanSunting

  1. ^ "Mengigau semasa tidur… Ketahui apakah puncanya". Free Malaysia Today. 18 Mac 2019. Dicapai pada 4 Mei 2020.
  2. ^ Tunbridge, Lindsay (2014), International Journal of Dream Research, Vol 7 Issue 1, http://nbn-resolving.de/urn:nbn:de:bsz:16-ijodr-119592
  3. ^ Stephen, Laura (2006). "Nightmares" (dalam bahasa Inggeris). Psychologytoday.com. Diarkib daripada yang asal pada 31 Ogos 2007. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)
  4. ^ American Psychiatric Association (2000), Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 4th ed, TR, p. 631
  5. ^ Simor, Pé, et al. "Disturbed Dreaming and Sleep Quality: Altered Sleep Architecture in Subjects with Frequent Nightmares."European Archives of Psychiatry and Clinical Neuroscience 262.8 (2012): 687-96. ProQuest. Web. 24 Apr. 2014.

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting

Klasifikasi