Min Malik
Mehrzad Yasmin binti Abdul Malik atau lebih dikenali sebagai Min Malik adalah merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal pada tahun 1995 dengan lagu hitsnya ketika itu seperti Flora Cinta dan Perjalanan Duka. Namun setelah itu beliau kemudian bersara dan terus menyepikan diri daripada industri seni muzik tanah air.
Min Malik | |
---|---|
Nama lahir | Mehrzad Yasmin binti Abdul Malik |
Kelahiran | 1978 (umur 44–45) Kuala Lumpur |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi, Tentera Darat |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1995 - 1997 |
Pengkarya berkait | Ary Malik |
Kehidupan peribadiSunting
Beliau juga merupakan adik kepada bekas pelakon dan pengacara Ary Malik yang meninggal dunia pada Februari 2017 akibat penyakit kanser ovari yang dihidapinya sejak Mei 2016. Beliau sempat berasa kesal apabila ketika kakaknya itu sedang bertarung dengan penyakit, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan kakaknya sudah meninggal sedangkan Ary pada ketika itu masih hidup sehinggalah beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Februari 2017.
KarierSunting
Beliau memulakan karier seninya pada tahun 1995 dan yang kemudian menerbitkan album studio sulungnya berjudul Flora Cinta dimana single utamanya iaitu Flora Cinta berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi baharu pada ketika itu. Namun setelah itu, beliau kemudian membuat keputusan untuk bersara daripada industri seni muzik tanah air dan kemudian berkhidmat sebagai penjawat awam menjadi Pegawai Tentera Darat (TDM). Beliau juga mengaku pernah ditawarkan oleh pihak Astro untuk menyertai Gegar Vaganza namun, oleh kerana statusnya kini sebagai penjawat awam tidak memungkinkan beliau untuk kembali sebagai penyanyi selain mengganggap dirinya bukanlah penyanyi komersil yang terkenal untuk kembali aktif.
DiskografiSunting
Album studioSunting
- Flora Cinta (1995)
SingleSunting
- "Flora Cinta" (1995)
- "Perjalanan Duka" (1995)
PencapaianSunting
Tahun | Acara | Kategori | Karya dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1996 | Anugerah Industri Muzik ke-3 | Artis Baru Terbaik (Wanita) | Flora Cinta | Tercalon |