Min anomali

parameter berkaitan kedudukan dan masa suatu jasad bergerak dalam orbit Kepler

Dalam mekanik samawi, min anomali (Jawi: مين انومالي) ialah parameter berkaitan kedudukan dan masa suatu jasad bergerak dalam orbit Kepler. Ia berdasarkan fakta bahawa luas yang sama disapu dalam selang masa yang sama dengan satu garisan yang menggabungkan fokus dan jasad yang mengorbit. (Hukum kedua Kepler)

Ia meningkat secara seragam dari 0 hingga radian 2π ketika setiap orbit. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sudut. Disebabkan oleh hukum kedua Kepler, min anomali berkadar dengan luas yang disapu oleh garis fokus-ke-jasad sejak periapsis terakhir.

Min anomali biasanya diwakili dengan huruf M dengan rumus yang berikut:

iaitu ialah min gerakan, ialah panjang paksi semimajor orbit, dan ialah jisim yang mengorbit dan ialah pemalar graviti

Min anomali ialah masa sejak periapsis terakhir yang didarabkan dengan min gerakan. Min gerakan pula yang dibahagikan dengan jangka masa orbit penuh.

Rumus sunting

Min anomali M boleh dihitung daripada anomali sipi E dan kesipian e dengan persamaan Kepler:

 

Untuk mencari kedudukan jasad dalam orbit Kepler eliptik pada masa yang diberikan t, min anomali boleh dicari dengan mendarab masa dan min gerakan, kemudian ia digunakan untuk mencari anomali sipi dengan menyelesaikan persamaan Kepler.

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Murray, C. D. & Dermott, S. F. 1999, Solar System Dynamics, Cambridge University Press, Cambridge.
  • Plummer, H.C., 1960, An Introductory treatise on Dynamical Astronomy, Dover Publications, New York. (Dicetak semula daripada edisi Cambridge University Press 1918.)