Tanah Tinggi Minangkabau

(Dilencongkan dari Minangkabau Highlands)

Tanah Tinggi Minangkabau ialah sebuah kawasan pergunungan di Sumatera Barat yang dikelilingi tiga buah gunung (Gunung Marapi, Gunung Singgalang, dan Gunung Sago) di tengah-tengah Sumatra, Indonesia. Ia ialah tempat asal untuk Orang Minangkabau yang merujuk kepadanya sebagai Alam Minangkabau.[1] Kawasan ini membentuk sebuah kerajaan yang dikenali sejak sekurang-kurangnya abad ke-7 sebagai Malayu.[2]

Masjid Minangkabau sekitar 1892-1905. Gambar diambil oleh Christiaan Benjamin Nieuwenhuis

Berkemungkinan bahawa penanaman beras bersawah berkembang di tanah tinggi ini lama sebelum ia muncul di bahagian-bahagian lain di Sumatera dan mendahului kemasukan pengaruh luar.[3] Prasasti di kawasan itu telah ditemukan berasal dari zaman pemerintahan Adityavarman (1347-1375).[4] Orang Belanda mula mengeksploitasi rizab emas di tanah tinggi ini dalam tahun 1680-an.[5] Mereka telah menguasai perdagangan di kawasan itu, menyekat hubungan cawang-cawang perdagangan antara tanah tinggi dan pelabuhan di pantai antara 1820 dan 1899, lantas mendorong kejatuhan dalam pengeluaran beras yang ketara.[6] Tanah tinggi ini terdiri daripada tiga lembah utama: Lembah Tanah Datar, Lembah Agam dan Lembah Limapuluh.[7]

Kampung Belimbing di Tanah Tinggi terkenal dengan contoh seni bina Minangkabau masih kekal.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Ooi, Keat Gin (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. ABC-CLIO. m/s. 887. ISBN 978-1-57607-770-2. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  2. ^ Wink, André (1 Januari 2004). Indo-Islamic Society, 14th- 15th Centuries. BRILL. m/s. 47. ISBN 978-90-04-13561-1. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  3. ^ Miksic, John (2004). "From megaliths to tombstones: the transition from pre-history to early Islamic period in highland West Sumatra". Indonesia and the Malay World. 32 (93): 191. doi:10.1080/1363981042000320134.
  4. ^ Barnard, Timothy P. (2004). Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries. NUS Press. m/s. 66. ISBN 978-9971-69-279-7. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  5. ^ Borschberg, Peter (2004). Iberians in the Singapore-Melaka Area and Adjacent Regions (16th to 18th Century). Otto Harrassowitz Verlag. m/s. 156. ISBN 978-3-447-05107-1. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  6. ^ Schneider, David Murray; Gough, Kathleen (1961). Matrilineal Kinship. University of California Press. m/s. 476. ISBN 978-0-520-02529-5. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  7. ^ Backshall, Stephen (1 Jun 2003). Rough Guide to Indonesia. Rough Guides. m/s. 404–. ISBN 978-1-85828-991-5. Dicapai pada 8 Ogos 2012.
  8. ^ Waterson, Roxanna (1990). The Living House: An Anthropology of South-East Asian Architecture. Oxford University Press.