Buka menu utama

Tanah Datar

kabupaten di provinsi Sumatera Barat, Indonesia

Tanah Datar adalah sebuah kabupaten di provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Kabupaten ini mempunyai sejumlah penduduk 334,000. Ibu negeri kabupaten ini adalah Batusangkar. Bandar Padang Panjang juga terletak di kabupaten ini tetapi melambangkan sebuah majlis perbandaran (kota otonom) tersendirinya.

Tanah Datar
Sumatera Barat, Indonesia
Mohor Tanah Datar
Lokasi Sumatra Barat Kabupaten Tanah Datar.svg
Ibu kota Batusangkar
Keluasan 1336.60 kmĀ²
Jumlah penduduk (2004) 334,000
Zon waktu WIB (UTC+7)
Laman rasmi: www.tanahdatar.go.id

Tanah Datar mempunyai beberapa tarikan pelancong seperti muzium di Istana Pagaruyung (Istano Pagaruyuang), megaliths dengan inskripsi berhampiran Batusangkar dan kampung Pandai Sikat (Pandai Sikek), di mana kain songket (kain balapak) tradisional masih disulam. Bahagian utara Tasik Singkarak juga terletak di Tanah Datar.

Banyak masyarakat Minangkabau di Malaysia berasal dari Tanah Datar, utamanya dari nagari sekitar Batusangkar, Pagaruyung, dan Lintau Buo. Mereka telah meneroka Semenanjung Malaysia sejak abad ke-14.

PentadbiranSunting

Tanah Datar dibahagikan ke 14 subdaerah (kecamatan):

Batipuh, Batipuh Selatan, X Koto, V Kaum, Lintau Buo Utara, Lintau Buo, Padang Ganting, Pariangan, Rambatan, Salimpaung, Sungai Tarab, Sungayang, Tanjung Emas, Tanjung Baru

Pautan luarSunting