Mingguan Watan ialah sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia yang pernah diharamkan selepas pada tahun 1987. Akhbar ini mula diedarkan semula ke seluruh negara pada 16 Ogos 2008 selepas menerima permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri pada 1 Ogos 2008. Akhbar ini diterbitkan dalam bentuk tabloid.

Sebelum diharamkan pada tahun 1987, akhbar ini diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada setiap hari Rabu dan Sabtu sebagai Watan. Pada tahun 1988, iaitu setahun selepas diharamkan, lesen penerbitan diberikan semula kepada pengeluar akhbar ini. Setakat tahun 1990, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu.[1] Akhbar The New Paper melaporkan Watan pernah terkenal dengan tajuk beritanya yang berunsur sensasi.[1] Akibat kekurangan jualan, penerbitannya terpaksa dihentikan pada tahun 1996.

Mingguan Watan (versi baru) diterbitkan oleh Naluri Teratai Sdn Bhd yang dimiliki oleh Wan Bahador Wan Ismail dan Rosli Abul Zarim. Wan Bahador merupakan salah seorang wartawan yang bekerja dengan akhbar Watan sebelum ini. Ketua Pengarang akhbar ialah Zabidi Said.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Watching the news watchers". The New Paper. 26 Oktober 1990. Dicapai pada 24 Disember 2023.