Miss Mermaid

Miss Mermaid (Hangul: 인어아가씨; RR: EEIneo Agassi) ialah sebuah drama bersiri Korea Selatan dibintangi oleh Jang Seo-hee dan Kim Sung-taek.[1] Ia disiarkan menerusi saluran MBC bermula 23 Jun 2002 sehingga 27 Jun 2003 pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 7:50 malam sebanyak 256 episod. Miss Mermaid mencapai populariti di Korea Selatan dan mencapai rating penonton setinggi 43.6%.[2]

Miss Mermaid
Miss Mermaid TV poster.jpeg
Juga dikenali sebagai
Little Mermaid
Mermaid Lady
Story of a Mermaid
Irene
GenreMelodrama
Romantik
Keluarga
Dendam
Ditulis olehIm Sung-han
PengarahLee Joo-hwan
Dibintangi oleh
Jang Seo-hee
Kim Sung-taek
PenggubahOh Jin-woo
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod256
Penerbitan
Penerbit eksekutifLee Jae-kap
Tempoh siaran30 minit
Penyiaran
Saluran asalMunhwa Broadcasting Corporation
Siaran asalJun 24, 2002 (2002-06-24) – 27 Jun 2003 (2003-06-27)
Pautan luar
Laman sesawang

PlotSunting

Eun Ah Ri-young, seorang penulis skrip drama television yang terkenal mempunyai sejarah lalu yang kelam. Ayahnya, Eun Jin-sub mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain lalu pergi meninggalkan keluarga mereka hingga menyebabkan abangnya yang autisme mati dan ibunya menjadi buta. Keperitan hidup yang dilalui Ah Ri-young membuatkan dia semakin membenci ayahnya lalu dia merancang untuk membalas dendam terhadap ayah kandungnya. Setelah dia mengetahui bahawa isteri baru ayahnya, Shim Soo-jung juga merupakan seorang pelakon, Ah Ri-young lebih berusaha untuk menempatkan diri ke dalam industri TV dan kemudian dia menulis skrip yang berkisarkan kisah hubungan sulit ayahnya itu lalu memberikan watak ibu buta kepada Soo-jung untuk membuatkan Soo-jung rasa bersalah. Bagi melengkapkan lagi rancangannya untuk membalas dendam, Ah Ri-young kemudian merampas tunang kakak tirinya, Eun Ye-young iaitu Lee Joo-wang. Segala rancangan Ah Ri-young untuk membalas dendam sebenarnya dibantu oleh Jo Soo-ah, yang merupakan rakan baik ibunya. Jo Soo-ah membantu Ah Ri-young kerana dia berniat untuk menjodohkan Ah Ri-young dengan anak lelakinya, Ma Ma-joon. Akan tetapi pada akhirnya, Ah Ri-young menyedari bahawa dia benar-benar telah jatuh cinta dengan Joo-wang. Ah Ri-young juga akhirnya sedar bahawa dalam hidup, tiada yang lebih indah selain daripada belajar untuk memaafkan.

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ Kim Sung-taek kemudiannya menggunakan nama pentas Kim Sung-min.
  2. ^ "Likable or Not Reach Highest Drama Ratings since 2000". KBS Global. April 25, 2008. Dicapai pada April 24, 2015.

Pautan luarSunting