Mohamed Ghannouchi
Mohamed Ghannouchi (Arab: محمد الغنوشي ; lahir pada 18 Ogos 1941) ialah bekas Perdana Menteri Tunisia dan menggelarkan diri sendiri sebagai Presiden Tunisia untuk beberapa jam bermula 14 Januari 2011,[2][3] di bawah Artikel 56 Konstitusi Tunisia]].[4][5] Dianggap sebagai seorang teknokrat, Mohamed Ghannouchi telah lama bertapak dalam kerajaan Tunisia; beliau pernah menjadi Menteri Kewangan dari 1989 hingga 1992, Menteri Kerjasama Antarabangsa dari 1992 hingga 1999, dan Perdana Menteri Tunisia dari 1999 hingga 2011.[6]
Mohamed Ghannouchi محمد الغنوشي | |
---|---|
Perdana Menteri Tunisia | |
Dalam jawatan 17 November 1999 – 27 Februari 2011 | |
Presiden | Zine El Abidine Ben Ali Fouad Mebazaa (Acting) |
Didahului oleh | Hamed Karoui |
Digantikan oleh | Beji Caid el Sebsi |
Presiden Tunisia Acting | |
Dalam jawatan 14 Januari 2011 – 15 Januari 2011 | |
Didahului oleh | Zine El Abidine Ben Ali |
Digantikan oleh | Fouad Mebazaa (Acting) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sousse, Tunisia | 18 Ogos 1941
Parti politik | Bebas (2011–sekarang)[1] |
Gabungan politik lain | Constitutional Democratic Rally (Before 2011) |
Tempat belajar | Universiti Tunis |
Rujukan
sunting- ^ "Tunisia: New government leaders quit ruling party". BBC News. 18 January 2011.
- ^ "Tunisia: President Zine al-Abidine Ben Ali forced out". bbc.co.uk. 14 January 2011.
- ^ Chrisafis, Angelique (14 January 2011). "Zine al-Abidine Ben Ali flees Tunisia as interim president takes control". guardian.co.uk.
- ^ "Ben Ali quits after 23 yrs in power & leaves Tunisia". alarabiya. 14 January 2011.
- ^ "PM replaces Tunisia president". aljazeera. 14 Jan 2011.
- ^ TUNISIA - Mohamed Ghannouchi AllBusiness, 9 April 2001
Pautan luar
sunting- Kerajaan Tunisia Laman web rasmi